web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penipuan Forex: Polis Tahan 77 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Sindiket berkenaan, menyasarkan pelabur dari dalam dan luar negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 77 individu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan penukaran mata wang atau Forex dalam talian, di sebuah kondominium sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Kesemua mereka yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan Bahagian Risikian/Operasi ialah 43 lelaki dan 34 wanita, berumur dalam lingkungan 17 hingga 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata sindiket berkenaan, menyasarkan pelabur dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata hasil siasatan awal terdapat unsur penipuan pelaburan Forex dalam talian, dengan menggunakan laman sesawang.

“Polis turut merampas antaranya 35 set komputer, 29 unit komputer riba, satu unit tablet, 20 unit telefon bimbit, 38 pas pekerja.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/120 Kanun Keseksaan, manakala kesemua suspek direman mulai 23 sehingga 24 Jun 2023 bagi tujuan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amihizam meminta orang ramai membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman webhtpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang transaksi.

Selain itu, orang ramai juga diminta melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad