web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKOA Johor, Kerajaan Negeri Kerjasama Atasi Isu Bekalan Air Di Kg Orang Asli Pasir Putih

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 10:02PM

JAKOA menerusi kenyataan memaklumkan, libat urus dan perbincangan berhubung masalah bekalan air melibatkan seramai 38 penduduk itu telah diadakan semenjak 3 Mac 2016 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor sedang bekerjasama dengan kerajaan Negeri bagi mengatasi isu bekalan air di Kampung Orang Asli Pasir Putih.

JAKOA menerusi kenyataan memaklumkan, libat urus dan perbincangan berhubung masalah bekalan air melibatkan seramai 38 penduduk itu telah diadakan semenjak 3 Mac 2016.

Bagaimanapun, status tanah di kampung tersebut yang merupakan rizab sungai dan sebahagiannya di atas tanah milik syarikat swasta menjadi isu utama kepada permasalahan itu, menurut jabatan itu.

“Oleh itu, urusan pembekalan air bersih ke kampung terbabit menjadi sukar berikutan masalah status tanah. Ini kerana, pihak JAKOA tidak boleh sewenangnya melakukan penyambungan paip air tanpa keizinan pemilik tanah terbabit,” menurut jabatan itu lagi.

Justeru, antara langkah yang dicadangkan adalah dengan mewartakan Kampung Orang Asli Pasir Putih sebagai Tanah Rizab Orang Asli, atau melaksanakan pengambilan balik tanah kawasan berhampiran dengan kampung itu, yang berstatus tanah milik syarikat mengikut keluasan tanah yang sesuai dan munasabah.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu pelaksanaan pengambilan balik tanah dijangka melibatkan kos dan peruntukan yang besar oleh pihak kerajaan serta melibatkan perundangan dan dasar kerajaan negeri.

Sehubungan itu, JAKOA kini dalam proses perundingan perolehan dengan beberapa pihak bagi membekalkan air untuk kemudahan dan mengikut keperluan penduduk kampung terbabit buat masa ini.

Semalam, penduduk kampung berkenaan dilaporkan merayu agar masalah bekalan air diselesaikan berikutan terpaksa mengangkut air menggunakan baldi dan botol lebih tiga kali sehari, bagi mendapatkan air yang disediakan pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) untuk kegunaan harian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 5 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad