web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tarik Balik Rayuan Dapatkan Dokumen Berkaitan Goldman Sachs, Keluarga Zeti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 6:26PM

Najib Razak menarik semula kedua-dua rayuannya tanpa prejudis untuk dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa Najib menarik semula kedua-dua rayuannya tanpa prejudis untuk dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah.

“Kami (pihak pembelaan dan pendakwaan) bersetuju untuk syarat berikut. Kami akan menarik kedua-dua rayuan substantif tanpa prejudis supaya kami boleh berhujah di semua peringkat mahkamah termasuk di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi ada menyatakan kami boleh berhujah semula mengenai perkara ini apabila saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan,” katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah pihak pendakwaan tidak akan membantah hak Najib untuk memohon semula dokumen itu apabila saksi berkaitan memberi keterangan dalam perbicaraan itu di Mahkamah Tinggi.

Muhammad Shafee kemudian memohon mahkamah untuk membatalkan rayuan itu berdasarkan dua syarat yang dipersetujui oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar mengesahkan perkara itu kepada mahkamah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu kemudian membatalkan rayuan itu tanpa mendengar merit rayuan tersebut.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama Hakim Abang Iskandar ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Rayuan beliau juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan pada 24 Mac 2021 untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.

Najib juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April 2021 untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Najib, 69, kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan kes 1MDB akan diteruskan pada 7 Julai di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar