web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malim Gunung Perhutanan Didik Masyarakat Sayangi Khazanah Alam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 4:36PM

MGP bukan sekadar sebagai jurupandu, malah mereka adalah ‘duta kecil’ yang mendidik masyarakat agar lebih menghargai khazanah hutan negara. - Gambar ihsan MGP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Peranan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bukan sekadar sebagai jurupandu, malah mereka adalah ‘duta kecil’ yang mendidik masyarakat agar lebih menghargai khazanah hutan negara.

Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata kini terdapat 40 MGP yang berdaftar dengan pihaknya dan mereka dilantik daripada komuniti setempat serta mempunyai pengetahuan tentang selok-belok hutan, bukit atau gua yang terdapat di kawasan masing-masing.

“Mereka dilatih dengan kemahiran-kemahiran seperti peraturan perhutanan, operasi menyelamat dan sebagainya agar dapat memberi khidmat sebagai jurupandu kepada penggiat rekreasi khususnya pendaki di dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ag Shaffie berkata MGP turut mendidik masyarakat tentang aspek keselamatan mendaki dan peraturan perhutanan seperti larangan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran.

Sementara itu malim gunung di Hutan Simpan Bukit Jernih, Zainol Din, 47, berkata beliau mula belajar mendaki bukit sejak berumur 18 tahun dan cintakan hutan serta khazanah tidak ternilai yang terdapat di dalamnya.

“Saya buat kerja ini (malim gunung) kerana ingin berkongsi dengan orang ramai keunikan yang terdapat di Hutan Simpan Kekal di negeri Perlis.

“Banyak khazanah unik di sini yang masih tidak diketahui oleh masyarakat luar dan tugas kami sebagai malim gunung perhutanan adalah memberi penerangan dan kesedaran kepada orang ramai tanggungjawab bersama dalam menjaga khazanah alam ini,” katanya yang mesra dengan panggilan Pak Non.

Katanya MGP juga membantu Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengambil hasil hutan atau hidupan liar yang terdapat dalam hutan simpan kekal.

“Alhamdulillah setakat ini tiada lagi berlaku kes mencuri hasil hutan di Hutan Simpan Kekal Bukit Jernih hasil usaha bersama yang dilakukan oleh komuniti di sini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 tahun yang lalu

Piramid Gua Kelam Tawar Pengalaman Misteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad