web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajibkan ABS, ESC Meskipun Tawar Kereta Harga ‘Rahmah’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:19AM

Pakar automotif berkata ketiadaan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) akan menyebabkan pemandu dan penumpang terdedah kepada bahaya termasuk kematian, setiap kali terbabit nahas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) dalam kereta mampu milik, Perodua Axia E boleh menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut di negara ini.

Pakar automotif, Mohd Aqil Abdullah berkata, ketiadaan ciri keselamatan pasif itu akan menyebabkan pemandu dan penumpang terdedah kepada bahaya termasuk kematian, setiap kali terbabit nahas.

Menurut beliau, kegagalan pengilang meletakkan ciri keselamatan minimum menyebabkan pemandu kenderaan model baharu itu, berisiko 60 peratus lebih tinggi mendapat kecederaan di kepala dan juga kaki.

“ESC merupakan sistem brek dengan kawalan komputer yang akan beroperasi bagi meningkatkan kestabilan kereta dan membantu pemandu mengawal kereta daripada terbabas, manakala ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika brek mengejut. 

“Jadi, ketiadaan sistem itu menimbulkan persoalan kepada keselamatan nyawa pemandunya. Ini kerana kenderaan tanpa sistem ABS dan ESC dilihat seolah-olah tidak menepati piawaian standard keselamatan pemanduan di jalan raya,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu, Mohd Aqil berpendapat, wujud keperluan mendesak mewajibkan semua kenderaan di Malaysia dilengkapi sekurang-kurangnya dengan dua teknologi itu walaupun syarikat pengeluar kereta mahu melariskan penjualannya dengan menawarkan harga 'rahmah'. 

Katanya, kerajaan harus melaksanakan kerjasama dengan semua agensi kerajaan serta pemegang taruh berkaitan bagi memastikan setiap kenderaan mempunyai ciri keselamatan utama demi mengurangkan risiko kematian.

“Sudah tiba masanya kerajaan memandang serius soal keselamatan pengguna jalan raya kerana jika diabaikan, mereka yang mencari rezeki menggunakan kereta berisiko berdepan kemalangan.

“Hakikatnya, setiap kenderaan perlu ada ciri keselamatan seperti di negara luar, yang sudah dilengkapi beg udara, ESC atau ABS kerana impak perlanggaran amat teruk tanpa sistem tersebut,” katanya.

Ketika ini, Mohd Aqil menjelaskan, tiada iltizam yang kuat daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensi kerajaan berkaitan untuk menguatkuasakan peraturan itu walaupun pihaknya sudah mencadangkan perkara tersebut sebelum ini. 

“Sekurang-kurangnya, dua sistem berkenaan harus diwajibkan dalam setiap kenderaan. Jika ada syarikat pengeluar kereta yang mahu menjual produk mereka tanpa ciri keselamatan pasif dengan harga murah, ia perlu diharamkan. 

“Jangan hanya mahu mengaut keuntungan untuk syarikat yang boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), rakyat menjadi mangsa dan kerajaan hanya diam membisu ,” katanya. 

Terdahulu, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan kebimbangannya mengenai model baharu Perodua Axia E yang tidak dilengkapi ABS dan ESC. 

Menurutnya, Perodua selaku syarikat pengeluar kenderaan itu tidak sepatutnya memandang ringan soal keselamatan semata-mata kerana ingin menjadikan sesebuah kenderaan mampu milik.

Terdahulu, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan kebimbangannya mengenai model baharu Perodua Axia E yang tidak dilengkapi ABS dan ESC - Gambar Fail
Terdahulu, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meluahkan kebimbangannya mengenai model baharu Perodua Axia E yang tidak dilengkapi ABS dan ESC - Gambar Fail

Tegas Ka Siong, setiap kenderaan perlu dilengkapi teknologi ABS dan ESC demi  keselamatan pengguna dan orang ramai dan tindakan syarikat pembuat kenderaan mengurangkan spesifikasi keselamatan pada kenderaan bukanlah penyelesaian.

Sementara itu, penganalisis automotif, Shahril Hamzah Rahmat menegaskan, ABS adalah ciri asas yang perlu ada pada sesebuah kereta, terutama kenderaan ringan yang menggunakan tayar bersaiz kecil.

 “Memang betul dua sistem itu sangat penting dan saling memerlukan khususnya ABS. Tanpa ciri keselamatan itu, tayar akan mudah terkunci apabila brek mengejut dilakukan, terutama pada permukaan basah.

“Beberapa kes kemalangan yang pernah berlaku sebelum ini, di mana mangsa mengadu “stereng tidak boleh dikawal”, sebenarnya berpunca akibat brek hadapan terkunci dan kenderaan enggan membelok,” katanya. 

Mengulas lanjut, tanpa teknologi ABS dan ESC, Shahril berkata, sekiranya berlaku nahas, ia boleh meragut lebih banyak nyawa pengguna jalan raya, termasuk pejalan kaki dan pengguna motosikal.

Malah, katanya, dengan ribuan kenderaan berada di atas jalan raya setiap hari, pengguna Perodua Axia E sentiasa berdepan risiko kemalangan, ibarat bom jangka disebabkan model terbabit tidak dilengkapi ciri keselamatan. 

“Jika penambahan ciri keselamatan asas seperti ABS dan ESC meningkatkan kos RM2,000 maka ansuran bulanan hanya akan meningkat kepada RM356 berbanding RM326 sebulan selama tujuh tahun tanpa sistem itu. Ini bermaksud hanya pertambahan RM30 sebulan atau RM1 setiap hari.

“Kita menyokong usaha syarikat, pengilang dan pengeluar kenderaan menawarkan kenderaan pada harga ‘rahmah’, tetapi jangan sesekali meletakkan nyawa rakyat pada harga murah,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perodua Nafi Lepas Tangan, Sudah Berhubung Dengan Nagakanni Sejak Oktober

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Baru Beli 8 Jam Sudah Rosak, Wanita Tuntut Perodua Bertanggungjawab

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

4

TARA 5 tahun yang lalu

5 Benda Anda Kena Bawa Sebelum Lihat Perodua Ativa Baharu!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad