web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Benda Anda Kena Bawa Sebelum Lihat Perodua Ativa Baharu!

Terpanggil untuk melihat Perodua Ativa baru? Sebelum pergi, baca tulisan Hezeri Samsuri dahulu.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Mar 2021 10:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perodua telah pun melancarkan model SUV kompak terbaharu mereka, Ativa. Pastinya anda mahu pergi melihat Ativa ini tetapi sebelum anda pergi, pastikan anda membawa lima benda ini!

1. Bawa beg!

Ruang but Ativa ini hampir 400 liter, lebih besar daripada Axia, lebih besar daripada Proton X50 dan paling besar di dalam segmennya!

Tak cukup dengan itu, lantai but Ativa boleh diubah ketinggiannya agar anda boleh menyimpan barang-barang lain di bawahnya!

2. Bawa baju tidur!

Enjin Ativa adalah antara enjin terbaharu dan ia sangat cekap tenaga. Dengan satu liter petrol, anda boleh pergi sejauh 18.9 km.

Ini bermakna dengan satu tangki penuh, anda boleh memandu sejauh 680 km - lebih kurang perjalanan dari Pulau Pinang turun ke Johor Bahru! 

Jadi bawa baju tidur untuk bermalam di sana!

 

3. Bawa beg shopping!

Walaupun Ativa mempunyai enjin 1.0L dengan tiga silinder, unit pengecas turbo memastikan ia memberikan tenaga umpama enjin 1.5L seperti yang digunakan oleh Perodua Myvi.

Dengan kuasa maksimum 97PS dan daya kilas setinggi 140Nm, ia mendaki bukit dengan lebih mudah, tanpa raungan enjin.

Ia juga mempunyai butang 'PWR' atau 'Power' yang memberikan bantuan tenaga bila diperlukan.

Oleh kerana itu, bawa beg shopping kerana anda akan terus mendaki Genting Highland untuk melawat Premium Outlet!

4. Bawa kawan untuk berborak!

Perodua memang terkenal dengan kabin yang bukanlah paling senyap di dalam pasaran tetapi Ativa nampaknya telah mengubah status itu kerana dengan kedapan bunyi yang jauh lebih baik, anda tidak akan mendengar deruman enjin yang kuat walaupun sedang mendaki dan raungan angin dari kawasan rodanya.

Oleh kerana kabinnya sudah senyap, anda kini boleh berbual dengan rakan anda sambil memandu Ativa.

Anda juga boleh menghela nafas lega kerana walaupun anda khusyuk berborak, sistem keselamatan ASA 3.0L pada Ativa ini memberikan jaringan keselamatan yang lebih besar.

Bayangkan sistem itu sudah mampu mengenal basikal dan motosikal dan boleh membrek dengan automatik jika anda terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan.

Perodua juga memberikan sistem pengenal titik buta (Blind Spot Monitoring) yang jauh lebih baik dari model sebelumnya.

 

5. Bawa tabung ayam!

Walaupun enjin Ativa ini menggunakan pengecas turbo dan mempunyai transmisi D-CVT yang sanggih, Perodua tetap memastikan kos penyelenggaran masih mampu milik.

Dari kajian kami, kos servis Ativa ini selama lima tahun cuma RM14.60 lebih mahal dari kos servis Myvi 1.5L.

Cukai jalan Ativa pula RM70 lebih rendah daripada Myvi 1.5L dan dari segi penjimatan bahan api, Ativa pula lebih menjimatkan dari Aruz.

Sebenarnya, anda jimat dalam banyak perkara bila kita bercerita berkaitan Ativa baharu ini dan penjimatan itu boleh dimasukkan ke dalam tabung ayam anda! - Getaran, 13 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Perodua

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini