web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Najib Dalam Kes SRC Selesai, Mahkamah Tangguh Keputusan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 8:29PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang berlangsung selama 15 hari.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menangguhkan keputusan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Turut bersidang Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membuat kajian dengan penuh teliti. Ia adalah satu rayuan yang memakan masa agak lama berbanding kes rayuan yang lain.

"Memandangkan rayuan ini melibatkan isu dan perkara yang amat penting seperti yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak, kami memerlukan masa untuk membuat pertimbangan bagi membuat keputusan terhadap rayuan ini,” kata Abdul Karim.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram menamatkan hujah masing-masing dalam prosiding rayuan itu.

Pada asalnya, rayuan bekas perdana menteri itu ditetapkan untuk pendengaran selama 12 hari bermula 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April namun atas permohonan pembelaan, panel tersebut memutuskan untuk melanjutkan prosiding dari 27 hingga 28 April serta 6 Mei lepas.

Bagaimanapun, pendengaran yang dijadualkan pada 6 Mei telah ditangguhkan sehingga hari ini selepas seorang peguam dalam pasukan pembelaan terpaksa menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat beberapa individu yang positif COVID-19.

Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Hakim Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan CBT dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga pertuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Ahli Parlimen Pekan itu kini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar