web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kesalahan Jenayah Dalam Kes Hakim Nazlan- Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 1:31PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Jabatan Penerangan
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Jabatan Penerangan

“SPRM setelah mendapat laporan membuka kes atau kertas siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) berhubung dengan kes rasuah.

“SPRM menyiasat dengan teliti perkara tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dan perkara ini dipersetujui Jabatan Peguam Negara,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas mengenai status siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung tohmahan rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan dikatakan wujud di pihak hakim berkenaan ketika mengendalikan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Berhubung konflik kepentingan, Anwar berkata isu yang sama diputuskan Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan atau keterangan baharu.

“Dengan kata lain, isu konflik kepentingan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Tinggi negara,  sementara itu pada 9 Ogos 2022 pihak defendan menarik balik dakwaan ke atas hakim Nazlan.

“Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah relevan kerana memuktamadkan kes ini, bahawa sumber wang yang dikatakan diselewengkan daripada SRC International Sdn Bhd tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah,” kata beliau. 

Perdana Menteri berkata elemen penting untuk dibuktikan bagi pertuduhan tersebut adalah sama ada  tertuduh mempunyai dominasi terhadap dana yang diselewengkan.

“Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa tidak ada kaitan pekerjaan terdahulu hakim Nazlan di Maybank dengan pertuduhan tersebut. Sumber dana yang diselewengkan itu tidak releven juga diakui peguam defenden. 

“Jika sumber wang sedemikian tidak relevan maka peranan atau pekerjaan hakim Nazlan di Maybank juga adalah tidak releven. Demikian keputusan Mahkamah Persekutuan dan kerajaan memperakui keputusan makhamah tersebut,” katanya. 

Sebelum ini, Hakim Mohd Nazlan disahkan bahawa pada 2006 beliau memegang jawatan sebagai Peguam Am dan Setiausaha Syarikat Maybank Investment Bank Berhad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasatan SPRM Terhadap Nazlan Tidak Patuhi Protokol, Tanpa Kebenaran Ketua Hakim Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek