web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persatuan Penduduk Boleh Mohon GPPK Mulai Hari Ini - Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 10:16AM

Melalui Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntuk RM20 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebagai GPPK yang bertujuan memperkasa peranan persatuan penduduk dalam menghadapi bencana - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persatuan penduduk boleh memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) mulai hari ini.

Beliau berkata melalui Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntuk RM20 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebagai GPPK yang bertujuan memperkasa peranan persatuan penduduk dalam menghadapi bencana.

"Objektif GPPK adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti dan meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat.

“Peruntukan sebanyak RM20 juta itu boleh memberi manfaat kepada 2,000 persatuan penduduk dengan setiap satunya layak menerima sehingga RM10,000," katanya sambil menambah permohonan boleh dilakukan menerusi sistem eROSES.

Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program KDN Madani Bersama Menteri Dalam Negeri di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

Beliau juga berkata KDN menerima banyak permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan dan menyasarkan sejumlah 10,000 akan dapat diselesaikan pada tahun ini.

"Daripada sasaran itu, sebanyak 8,288 permohonan telah diselesaikan dan hari ini, kita serahkan sijil kelahiran dan MyKad kepada 15 penerima," katanya.

Seorang penerima Nur Adilla Abdullah, 19, berkata ibu angkatnya, Lina Ranjeet Abdullah, 60, telah memohon sejak 2016 dan sering membuat semakan susulan bagi mengetahui status permohonan itu.

"Status sebelum ini walaupun tidak ditolak tetapi masih dalam proses, jadi bila saya dapat status warganegara hari ini, saya rasa gembira sangat… Selepas sekolah menengah, saya tidak dapat sambung belajar kerana status saya ini...selepas ini, saya berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang kemahiran di GiatMARA," katanya.

Tan Kai Shian, 23, pula berkata dua permohonan yang dibuat oleh ibu bapanya sebelum ini tidak berjaya.

Dia berkata ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia menyebabkan Tan gagal mendapat status warganegara.

"Susah saya nak minta kerja dan ambil lesen… sekarang ini, saya kerja biasa-biasa sahaja dan berharap dapat pekerjaan yang lebih baik selepas ini," katanya yang gembira menerima sijil kelahiran dan MyKad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

4

Politik 2 tahun yang lalu

Saya Akan Terus Dedahkan Isu Nadir Bumi - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan