web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Puan Mahkota Kedah Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kedah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 4:04PM

Tunku Puan Mahkota Kedah Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kedah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tunku Puan Mahkota Kedah Che Puan Nur Julie Ariff mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-81 di Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.

Che Puan Nur Julie dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.

Sultan Sallehuddin turut berkenaan menganugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali diikuti Dato' Pengelola Bijaya Diraja Datuk Bakar Din yang dianugerahkan Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato' Seri Setia Diraja.

Istiadat diteruskan dengan penganugerahan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) yang membawa gelaran Dato' Wira kepada dua penerima iaitu Pegawai Kewangan Kedah Datuk Isahak Murat dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kedah Datuk Mansor Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif LSP Sdn Bhd Datuk Vijayasundram Jeyabalan pula dianugerahkan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) (Kehormat) yang membawa gelaran Dato' Wira.

Dua penerima iaitu Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris dan Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri dianugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) yang membawa gelaran Dato' Pahlawan.

Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Datuk M.Noor Azman Taib dan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim dianugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Dato'.

Sebelas penerima pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato', antaranya Pengarah Tanah dan Galian Kedah Datuk Md Shuhaimie Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Datuk Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin dan Pegawai Daerah Baling Mohd Shahadan Abdullah.

Turut menerima DSDK adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz dan bekas Pegawai Daerah Padang Terap Fathullah Suhaimi Ismail.

Penerima DSDK lain adalah Ketua Perkhidmatan Ortopedik, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sultan Abdul Halim Dr Vijaya Kumar a/l L.Suppan, Timbalan Ketua Perkhidmatan, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hospital Pulau Pinang Dr Abu Yamin Khamis, Pengerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia Kedah dan Perlis Datuk Md Rosli Abd Wahab, Pengerusi Tiong Min Constructions Sdn Bhd Koay Hun Tiong dan Pengarah Kumpulan The Weststar Group Muhammad Arif Abu Bakar.

Dua penerima pula iaitu Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Bukit Aman DCP Mohd Nasri Omar dan Panglima Wilayah Laut, Markas Wilayah Laut 3 Laksamana Pertama Ee (Yee) Tai Peng dianugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Dato'.

Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan bintang kebesaran iaitu Setia Sultan Sallehuddin (SSS) (dua penerima), Setia DiRaja Kedah (SDK) (12 penerima), Ahli Mahkota Kedah (AMK) (35 penerima), Ahli Setia Pahlawan (ASP) (enam penerima) dan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) (40 penerima).

Seramai 99 penerima pula menerima tiga pingat kebesaran iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK)  dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Berangkat sama ke istiadat hari ini Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran