web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pakaian Seragam Jururawat Isu Terpencil, Sila Tumpu Pada Perkara Lebih Besar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 6:14PM

Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu melibatkan pakaian seragam jururawat wanita tidak seharusnya diperbesarkan atau menjadi modal politik semua pihak berkaitan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat berkata, isu tersebut adalah kes terpencil dan wajar diterima secara positif.

Menurut beliau, penetapan kod pakaian jururawat yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam telah dibuat berdasarkan garis panduan yang sentiasa ditambah baik.

“Pemakaian seluar panjang dengan baju berlengan panjang ketika ini adalah amat sopan dan telah menutup aurat. 

“Rekaan pakaian tersebut juga memudahkan pergerakan jururawat ketika melaksanakan tugas yang sentiasa memerlukan pergerakan fizikal,” katanya hari ini.

Jelas Adnan, isu pakaian ketat tersebut lebih menjurus kepada individu dan tidak menggambarkan keseluruhan jururawat dalam perkhidmatan awam. 

Dalam hal ini katanya, adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk membuat teguran dan memastikan etika pemakaian kakitangan masing-masing mematuhi garis panduan ditetapkan.

“CUEPACS juga berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat memastikan kain yang diberikan berkualiti tinggi serta seragam untuk semua negeri. 

“Maklum balas diterima CUEPACS menyatakan, kualiti kain tidak sama antara petugas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sedangkan mereka daripada kementerian yang sama,” katanya.

Hal ini ujar Adnan, memerlukan penekanan tegas diberikan kepada pembekal yang mendapat kontrak perbekalan. 

“Bayaran upah jahitan juga perlu dibuat penambahbaikan, iaitu dibuat sekali gus dengan perbekalan kain,” katanya.

Adnan memberitahu, CUEPACS anat berterima kasih dan menghargai segala keprihatinan terhadap sebarang isu yang melibatkan permasalahan penjawat awam. 

“Ketika ini jururawat di seluruh negara berhadapan dengan beban tugas yang berat, malah ada dalam kalangan mereka terpaksa bertugas melebih norma waktu disebabkan kekurangan petugas.

“Hal ini perlu menjadi keutamaan semua pihak terutama dalam memastikan kebajikan penjawat awam ini dijaga dan dalam masa yang sama, dapat memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

 CUEPACS katanya, turut melahirkan harapan untuk melihat lebih banyak 

isu berkaitan kebajikan serta tekanan kos sara yang dihadapi oleh pejawat awam diketengahkan berbanding masalah terpencil seperti ini.

“CUEPACS berharap semua Ahli Dewan Rakyat dapat membawa isu yang lebih besar serta memberi manfaat kepada kebajikan penjawat awam dan sistem penyampaian perkhidmatan awam,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan