Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Pensijilan Kemahiran Pengurusan Sisa Pepejal Angkat Imej Pekerja Pembersihan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 9:28AM

Bersempena dengan Hari Pekerja Pembersihan Tahun 2023, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Haji Ismail bin Mokhtar, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan, telah melaksanakan aktiviti menyantuni pekerja-pekerja pembersihan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur - Gambar Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Program Pensijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diperkenalkan bukan sekadar menyediakan pekerja berkemahiran, tetapi juga bertujuan untuk memartabatkan imej pekerja dalam industri itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata program tersebut yang dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) turut membuka peluang pekerjaan dengan syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp termasuk operator pembersihan.

“Program ini telah pun bermula sejak 2019 iaitu kumpulan pertama atau perintis bagi program ini melibatkan seramai 591 orang yang dihantar oleh syarikat konsesi sendiri dan maklum balas yang kita terima adalah mutu atau kualiti pekerja lebih baik selepas didedahkan dengan kemahiran ini.

“Justeru kita perluaskan program ini pada peringkat universiti dan juga penghuni penjara yang mana kita sasarkan seramai 300 penghuni penjara daripada 17 penjara akan ikuti program ini melalui program ‘Sinar di Sebalik Tirai Besi’ yang akan buka peluang pekerjaan kepada mereka sejurus tamat jalani hukuman,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata program ‘Sinar di Sebalik Tirai Besi’ akan dirasmikan pada 22 Jun ini di Penjara Sungai Udang, Melaka sekali gus menjadi simbolik kepada kerjasama strategik antara SWCorp dan Jabatan Penjara Malaysia dalam inisiatif berkenaan.

“Program pensijilan kemahiran ini mengambil tempoh selama lapan bulan bermula pada 1 Jun lepas hingga 31 Jan tahun hadapan dengan pemberian insentif RM500 setiap bulan sepanjang kursus,” katanya.

Mengulas mengenai Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2023 (Garbage Man Day) yang disambut pada 17 Jun setiap tahun, beliau berkata pelbagai program telah diatur sebagai usaha menghargai pekerja dalam sektor tersebut yang merupakan wira di sebalik tabir dalam memastikan negara berada dalam keadaan bersih dan indah.

“Sambutan di peringkat negeri melibatkan negeri Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), antaranya mengadakan majlis penghargaan dan menyantuni pekerja yang ada masalah kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata setakat April tahun ini, terdapat seramai 27,465 pekerja dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan, dan daripada jumlah itu seramai 20,339 orang terdiri daripada pekerja tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing.

“Kalau kita lihat terdapat pertambahan jumlah pekerja tahun ini berbanding pada awal pandemik COVID-19 sekitar 25,000 pekerja dan ini mungkin kerana adanya pertambahan populasi dan sebagainya.

“Justeru cabaran kita ketika ini adalah usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat tempatan untuk bekerja dalam perkhidmatan ini yang dikategorikan sebagai pekerja 3D iaitu difficult, dangerous and dirty (sukar, bahaya dan kotor),” katanya.

Beliau berkata dalam sektor perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, antara yang menjadi cabaran adalah bagaimana untuk menguruskan sisa pepejal dengan baik dan usaha untuk mendidik masyarakat mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut kategori.

“Perkara paling asas yang perlu dititikberatkan kepada masyarakat iaitu macam mana untuk kurangkan sisa pepejal, itu paling asas dan kemudiannya bagaimana untuk asingkan sampah ikut kategori kerana jika tiada pengasingan dibuat akan menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal tinggi dan juga berlaku pencemaran.

“Peranan dimainkan SWCorp memang mencabar kerana kalau kita hanya lihat dari segi penguatkuasaan dan pelaksanaan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya kesedaran masyarakat juga perlu seiring, kerana itu juga kita adakan program Trash to Cash (tukar sampah kepada duit) bagi mengurangkan janaan sampah di samping membantu masyarakat jana pendapatan tambahan melalui pertukaran barangan kitar semula,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat ATM Terbang Rendah - ATM

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Sukan 2 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM