web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Lakar Sejarah Bahas LKAN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 10:10PM

Inisiatif itu merupakan usaha Kerajaan Perpaduan yang berpendirian perbahasan LKAN sebagai reformasi dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengauditan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung dari 22 Mei lepas melabuhkan tirai hari ini dengan kejayaan terbesar yang dilakar adalah membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 dibahaskan buat julung kali. 

Inisiatif itu merupakan usaha Kerajaan Perpaduan yang berpendirian perbahasan LKAN sebagai reformasi dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengauditan.

Walaupun mendapat tentangan dan perdebatan hangat Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkan laporan itu tidak harus dibahas kerana menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuat teguran dan dapatan, kerajaan tetap meneruskannya bagi mencari penambahbaikan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul turut bersetuju usul LKAN dibahaskan berikutan permintaan rakyat dan pegawai yang mahu ianya dibincangkan secara terbuka khususnya melibatkan kewangan negara.

Sementara itu, sembilan rang undang-undang (RUU) diluluskan iaitu RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023, RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023, RUU Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023.

Turut diluluskan RUU Insolvensi (Pindaan) 2023, RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan RUU Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023.

Pada sidang ini juga, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitan lanjut.

Ia berdasarkan Peraturan 54 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya RUU berkenaan dirujuk kepada jawatankuasa itu bagi membuat syor-syor selain meneliti dasar Generasi Penamat (GEG) serta peruntukan berkaitan.

Selain penerangan berkaitan perolehan vaksin COVID-19 menerusi pembentangan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan juga membentangkan Kertas Putih Kesihatan.

Ia antara lain menggariskan status semasa, jurang dan kekangan dihadapi sistem kesihatan negara dan cadangan penyelesaian yang bersifat struktural dan sistemik merangkumi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan dan tadbir urus secara berfasa dalam tempoh 15 tahun.

Sebelum menangguhkan sidang, Johari berkata persidangan kali ini menyaksikan 10 Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dipilih melalui mesyuarat pada 20 dan 23 Mei 2023 lepas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen kerana memberi kerjasama dan membolehkan persidangan berjalan dengan sempurna.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat akan berlangsung 32 hari dari 9 Oktober hingga 30 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketirisan Dana Awam: Tindakan Tegas Ke Atas Pegawai, Menteri Salah Guna Kuasa 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

LKAN Dibahas Untuk Tingkat Kecekapan, Kualiti Pengauditan - Azalina

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Rugi RM1.66 Juta Akibat Kelemahan Kutipan Sewa Kuarters Di Putrajaya

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LKAN 2021 Dibentang Di Parlimen Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan