web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LKAN Dibahas Untuk Tingkat Kecekapan, Kualiti Pengauditan - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 8:59PM

Azalina Othman Said berkata perbahasan LKAN itu meliputi tiga perkara iaitu aktiviti yang menfokuskan kepada pencapaian objektif program, aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh kementerian, jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dengan menekankan konsep 3E - ekonomi, efisien dan efektif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI mengusulkan supaya Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat hari ini sebagai satu usaha reformasi dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengauditan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata inisiatif ini bertujuan supaya semua pihak dapat memberikan perhatian terhadap kehendak undang-undang untuk mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik.

“Usaha murni oleh Kerajaan MADANI ini akan memberi ruang dan peluang secara langsung kepada lebih banyak Ahli-Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan blok pembangkang mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemat demi kepentingan awam yang sewajarnya.

Usaha murni ini juga wajar diteruskan bagi tahun-tahun akan datang bagi terus memupuk amalan ketelusan dalam semua aspek pentadbiran awam seiring dengan usaha mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul LKAN Tahun 2021 Siri 2 yang kemudiannya dibahaskan 13 Ahli Parlimen. 

Azalina berkata perbahasan LKAN itu meliputi tiga perkara iaitu aktiviti yang menfokuskan kepada pencapaian objektif program, aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh kementerian, jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dengan menekankan konsep 3E - ekonomi, efisien dan efektif.

“Kedua, LKAN Pematuhan pula menilai ketidakpatuhan terhadap undang-undang, peraturan, kontrak dan/atau prosedur kewangan yang mengakibatkan berlakunya pemborosan, pembaziran, pembayaran tidak teratur dan kehilangan atau kerugian, seterusnya membawa kepada ketirisan wang awam,” katanya.

Selain itu, ia melibatkan LKAN Pengurusan Syarikat Kerajaan bagi menilai pencapaian objektif penubuhan syarikat melalui tiga aspek utama iaitu pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat dan kedudukan kewangan bagi tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Azalina berkata sistem Papan Pemuka Ketua Audit Negara (AGD) dibangunkan bagi memaparkan isu dan status tindakan terkini terhadap teguran atau isu yang dilaporkan dalam LKAN.

Katanya, kedudukan semasa teguran atau isu dalam LKAN boleh diakses melalui Portal AGD oleh semua pihak termasuk orang awam dan pihak berkepentingan untuk mengetahui tindakan yang telah atau sedang diambil oleh auditi terhadap isu utama yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata di peringkat Persekutuan, setakat 31 Mei tahun ini, terdapat 5,164 isu telah dibangkitkan dalam LKAN Tahun 2011 hingga 2021 Siri 2 mengenai kementerian, jabatan, agensi dan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Sebanyak 4,912 isu (atau 95 peratus) daripada keseluruhan isu terbabit telah selesai, manakala 252 isu (atau lima peratus) masih dalam tindakan oleh kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan, katanya. 

Selain tindakan susulan melalui Sistem AGD, Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara (JTLKAN) yang merupakan platform untuk menentukan tindakan serta membincangkan penyelesaian supaya isu sama tidak berulang, telah ditubuhkan secara pentadbiran sejak 2012 di bawah inisiatif Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0).

Berdasarkan LKAN Tahun 2015 sehingga LKAN Tahun 2021 Siri 1, Azalina berkata data hukuman tatatertib yang dikemas kini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setakat 10 Mei 2023 menunjukkan seramai 310 penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib.

Antara tindakan yang dikenakan adalah amaran, surcaj, denda, tangguh pergerakan gaji, turun gaji dan tindakan buang kerja.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar