web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kekal Pendirian Tidak Akan Hentikan Pencarian, Siasatan MH370 – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:00AM

Anthony Loke - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Biarpun sembilan tahun berlalu sejak kes kehilangan penerbangan MH370 dilaporkan, Kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan kemahuan untuk mencari pesawat penumpang itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh diperoleh, kerajaan akan mempertimbangkan operasi pencarian selanjutkan.

“Untuk makluman, aspirasi untuk mencari pesawat MH370 tidak akan diabaikan.

“Sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh (credible evidence) diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan kerajaan,” katanya menerusi jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dikemukakan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin mengenai adakah kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha mencari serpihan MH370.

Kata Chong, ia memandangkan terdapat syarikat ‘Ocean Infinity’ yang memberi komitmen untuk meneruskan carian serpihan MH370, berdasarkan tiada fi akan dikenakan jika pencarian tidak berjaya.

Anthony berkata, sebarang perbincangan lanjut berhubung penyambungan semula operasi pencarian pesawat MH370 juga akan diadakan negara ini dengan kerajaan China dan Australia.

“Perbincangan itu berdasarkan bukti boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat berkenaan.

“Dalam hubungan ini, sehingga kini, tiada sebarang maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh, diperolehi Kementerian Pengangkutan, berhubung sebarang penemuan bagi membolehkan operasi pencarian pesawat MH370 disambung semula,” katanya.

Terdahulu, pada 6 Mac lalu, bersempena ulang tahun tragedi MH370, Anthony menegaskan, bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung insiden menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Ujarnya, tiada ucapan atau rasa simpati mampu mengubati atau memadam kesedihan serta kesengsaraan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang kehilangan orang tersayang.

Dalam kejadian pada 8 Mac 2014 itu, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar dua jam kemudian.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan hingga kini. – Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad