web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 10:03PM

Kaji selidik dijalankan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendapati, keputusan warga emas untuk terus bekerja melebihi umur persaraan mereka adalah kerana komitmen kewangan - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kaji selidik dijalankan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendapati, keputusan warga emas untuk terus bekerja melebihi umur persaraan mereka adalah kerana komitmen kewangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kajian dijalankan pada tahun 2019 dengan beberapa syarikat, termasuk agensi Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) itu, turut memperoleh dapatan bahawa golongan terbabit masih memilih untuk bekerja kerana sukar mencari pekerjaan baharu, selain tidak bersedia untuk bersara.

Katanya, kaji selidik membabitkan majikan terhadap tenaga kerja pesara di Malaysia berkenaan, merangkumi 584 syarikat sebagai responden.

“Daripada jumlah terbabit, 331 syarikat, iaitu 56.7 peratus sedang mengambil pekerja warga emas, manakala 253 syarikat (44.3 peratus), tidak mengambil pekerja warga emas.

“Sejajar dengan itu, KSM melalui TalentCorp pada September 2021, sudah menganjurkan bengkel pengambilan warga emas untuk bekerja semula.

“Susulan daripada bengkel itu juga, KSM melalui TalentCorp sudah merangka inisiatif untuk menyokong penyepaduan semula warga emas ataupun pesara untuk kembali bekerja selepas bersara secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Rakyat (Sesi Petang) hari ini, seperti disiarkan secara langsung.

Mustapha memaklumkan, berdasarkan statistik sistem insuran pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dari Januari hingga Jun 2023, sejumlah 54 orang daripada warga emas sudah ditempatkan untuk bekerja kembali.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia diunjurkan mencapai negara tua menjelang 2040 dengan saiz penduduk warga emasnya yang berumur 65 tahun ke atas, meningkat kepada 14.5 peratus.

“Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan penuh Malaysia di bawah umur 15 tahun juga, menurun kepada 23.2 peratus, berbanding 33.3 peratus pada tahun 2000

“Sebaliknya, peratusan umur penduduk bekerja antara 15 hingga 64 tahun, meningkat kepada 69.5 peratus pada tahun 2022, berbanding 62.8 peratus pada 2000,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad