web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Ditembak Dari Jarak Dekat Di Bandar Sunway

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:32PM

Dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, mangsa berusia 32 tahun maut terkena dua das tembakan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway, Subang Jaya, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, mangsa berusia 32 tahun maut terkena dua das tembakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, mangsa didapati terlantar dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke hospital.

"Mangsa disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital Serdang, " katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata siasatan awal mendapati suspek yang terdiri daripada tiga lelaki memasuki premis berkenaan dan seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mempunyai rekod jenayah samun dan curi.

“Pihak Forensik telah hadir ke tempat kejadian dan menjumpai dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru dan sepasang selipar di tempat kejadian.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain polis juga menyiasat jika terdapat sebarang penglibatan kongsi gelap dalam kejadian berkenaan," katanya.

Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar