web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlembagaan Persekutuan Melibatkan Orang Asli Dicadang Dipinda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:25PM

Ramli Mohd Nor hari ini mencadangkan agar peruntukan melibatkan soal kebajikan dan tanah adat Orang Asli dalam Perlembangan Persekutuan dipinda - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor hari ini mencadangkan agar peruntukan melibatkan soal kebajikan dan tanah adat Orang Asli dalam Perlembangan Persekutuan dipinda.

Beliau berkata cadangan itu berikutan wujudnya kelompangan pada punca kuasa di dalam Perlembangan Persekutuan sedia ada yang hanya boleh diselesaikan melalui pindaan.

"Apa yang dimaksudkan adalah Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kesamarataan, tetapi Orang Asli diberi kelonggaran pada Perkara 8 (5)(C). Di situ ada disebut kesejahteraan berkaitan tanah tersekali, itu wujudnya Seksyen 7 dan 6 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Kebajikan Orang Asli ada di bawah kerajaan pusat iaitu Perkara 16, manakala isu tanah diletak di bawah (Senarai) negeri. Kalau lihat Seksyen 6 dan 7 (Akta 134), meskipun kata putus dilakukan kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri, namun ia boleh ditarik pada bila-bila masa oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang selesai menggulung perbahasan usul Laporan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Parlimen, hari ini.

Ramli yang juga wakil rakyat dari golongan Orang Asli, menjelaskan beliau tidak dapat menyuarakan cadangan itu sebagai Ahli Parlimen kerana kedudukannya kini sebagai pengerusi sidang Dewan Rakyat.

"Saya sebagai wakil rakyat yang duduk sebagai Timbalan Speaker, tidak ada ruang untuk bercakap di sana (sebagai Ahli Parlimen), mohon jasa baik pertimbangkannya," katanya.

Cadangan Ramli juga disokong Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang menyatakan bahawa perkara itu perlu diangkat secara dwipartisan.

Sementara itu, Rubiah berkata cadangan Ramli akan diperhalusi kerana terdapat keperluan untuk undang-undang berkaitan Orang Asli dikemas kini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad