web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:31PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata lawatan itu dilakukan mengikut Peraturan 86, Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Penjara Kajang bagi menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lawatan itu dilakukan mengikut Peraturan 86, Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Saifuddin menjelaskan peraturan itu menyebut perhubungan antara banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakan mereka hendaklah dibenarkan, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu bagi pengekalan tatatertib dan ketenteraman dalam penjara serta pencegahan jenayah.

“Peraturan 86 ini memperuntukkan kuasa memberi kebenaran khas itu kepada Ketua Pengarah Penjara ataupun Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. 

“Ketua Pengarah Penjara maklum pada saya . Itu kaedahnya, tak ada masalah, yang penting dia beritahu saya,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, hari ini. 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata tindakan Ahmad Zahid membawa makanan kegemaran bekas Presiden UMNO itu semasa lawatan tersebut juga tidak sepatutnya dipertikaikan.

Katanya, Peraturan 99 dalam peraturan yang sama membolehkan pelawat membawa masuk makanan dari luar sekiranya mendapat kebenaran pegawai penjara yang bertugas ketika itu.

“Saya nak sebut juga dakwaan bahawa dia (Ahmad Zahid) membawa masuk peranti elektronik itu tidak betul.

“Soal masa lawatan, pertemuan itu dengan kehadiran Pegawai Penjara yang mempunyai kuasa  untuk membuat keputusan pada ketika itu, 30 minit atau 40 min ke ia tergantung kapada budi bicara pegawai yang bertugas,” katanya.

Sabtu lepas, Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023, mendedahkan telah bertemu dan bersarapan makanan kegemaran bekas Ahli Parlimen Pekan itu ketika melawatnya di Penjara Kajang.

Lawatan itu mendapat perhatian beberapa peguam yang meminta Jabatan Penjara menjelaskan adakah ia satu bentuk layanan istimewa yang diberikan kepada Najib mahupun Ahmad Zahid atau jika ia dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad