web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Pembiayaan Pendidikan Disaran Ikut Langkah JPA Naikkan Elaun Sara Hidup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 12:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara, amat dialu-alukan dan diharap dapat diikuti oleh agensi pembiayaan pendidikan lain bagi membantu meringankan kos sara hidup pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya berkata agensi pembiayaan pendidikan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diharap dapat mengikut langkah yang sama.

Chamil Wariya - Gambar fail
Chamil Wariya - Gambar fail

“Dari segi amaun RM100 yang dinaikkan sememangnya tidak cukup tetapi saya percaya bantuan tersebut membantu mengurangkan kesulitan kewangan yang dihadapi pelajar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Namun Chamil berkata terpulanglah kepada kebijaksanaan pelajar tajaan tersebut dalam menguruskan kewangan mereka.

Bagi seorang pelajar tajaan JPA, Muhammad Azib Zikry Abdul Halim dari jurusan Komunikasi Massa Kewartawanan Universiti Teknologi MARA berkata beliau gembira dengan kenaikan ESH, meskipun penambahan tidak berapa signifikan melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa terutamanya pelajar yang tinggal di kawasan bandar.

“Bagaimanapun ia membantu, tapi cuma saya tak pasti RM100 sebulan tu bersamaan (kenaikan) RM600 satu semester selama enam bulan kerana tajaan dalam negara dapat bayaran sekali dalam satu semester. 

“Jika RM100 sahaja untuk keseluruhan semester ia tak berbaloi, lebih kurang sama,” katanya.

Bagi pelajar tajaan JPA dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Sarah Izhan Khalib, 21, pelajar tahun dua Ijazah Teknologi Maklumat, beliau berkata tambahan ESH RM100 setiap bulan akan banyak  membantu dari segi duit makan harian dan perbelanjaan barang keperluan bulanan.

Pelajar tahun dua Perubatan UKM, S.Thiruthanigesh berkata sebagai pelajar di kampus perubatan di Cheras yang terletak di Lembah Klang, kos sara hidup agak tinggi berbanding institusi pengajian tinggi awam yang lain.

“Jadi peningkatan ini adalah satu perkara yang baik bagi pelajar fakulti perubatan UKM,” katanya.   

Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai ini, yang akan memanfaatkan 43,595 pelajar tajaan JPA. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Beri Tumpuan Pada Peningkatan Produktiviti, Kecekapan Perkhidmatan Awam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Turut Fokus Usaha Tingkat Produktiviti Penjawat Awam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad