web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kajian SSPA Turut Fokus Usaha Tingkat Produktiviti Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 9:03PM

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan produktiviti penjawat awam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), akan turut menumpukan usaha meningkatkan produktiviti penjawat awam.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata, kajian SSPA itu tidak hanya hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun bagi di sektor awam sahaja.

“Mesti kita nak naik gaji, elaun dan nak pendapatan lebih meningkat. Setuju? Tapi tuan puan kalau kita berfikir secara rasional, tidak ada sistem ekonomi pun yang mampu beri peningkatan emolumen sekiranya kita tidak berusaha meningkatkan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama Penjawat Awam  Negeri Selangor, di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Anesee berkata secara umumnya, aduan yang sering diterima daripada pelanggan berkenaan perkhidmatan awam yang disediakan kerajaan ialah proses yang lambat dan tidak efisien.

“Tapi kita bukan sengaja lambat. Dalam kebanyakan kes, lambat kita kerana ada birokrasi, ada prosesnya dan itu antara elemen kita tengok, bagaimana untuk lebih kita tingkatkan keberkesanan cara kita bekerja,” katanya.

“Jadi ini adalah perkara di peringkat JPA, yang nak dapatkan dari tuan puan yang bertugas di barisan hadapan dan yang berada di peringkat operasi, khususnya. Banyak benda yang JPA sendiri tidak tahu, jadi kita nak input ini (untuk kajian SSPA),” katanya.

Dalam pada itu katanya JPA menerima lebih 68,000 cadangan daripada lebih 30,000 penjawat awam di seluruh negara, untuk kajian SSPA setakat 22 Sept lalu dan jumlah cadangan tersebut akan meningkat selepas sesi libat urus yang dilaksanakan di negeri itu, hari ini.

“Libat urus melibatkan kerajaan negeri itu telah dilaksanakan (bermula) 18 Ogos lalu di Pulau Pinang, (seterusnya) di Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, dengan hari ini Selangor manakala esok ke Melaka. Ini akan diteruskan sehingga habis,” katanya.

Anesee berkata selain sesi libat urus, JPA turut membangunkan portal untuk kajian tersebut, bagi memudahkan penjawat awam memberikan idea di laman sesawang iaitu https://semakansaraan.jpa.gov.my.

Kajian SSPA yang dijangka mengambil masa hampir dua tahun itu, merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia MADANI. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelarasan Gaji Profesion Teknikal Keutamaan Dalam SSPA - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Beri Tumpuan Pada Peningkatan Produktiviti, Kecekapan Perkhidmatan Awam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar