web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Air: Permintaan Kelantan Melebihi Keperluan - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 10:10PM

Nik Nazmi (dua, kanan) melihat perangkap sampah 'The Ocean Cleanup' ketika mengadakan lawatan kerja melawat Sungai Klang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Permintaan kerajaan negeri Kelantan untuk pembanguan fasiliti bagi meningkatkan pengeluaran air bersih sehingga 2,000 Juta Liter Sehari (JLH) adalah melebihi keperluan semasa kira-kira 500 JLH.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata susulan itu kerajaan negeri itu telah memohon peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi memenuhi permintaan kapasiti yang berkali-kali ganda dari keperluan negeri yang sepatutnya. 

"Sebab itu kita hendak tengok balik, apa yang diperlukan. Pada masa sama, apa yang perlu seiring dengan pembinaan loji rawatan air adalah mengatasi masalah air bersih tidak terhasil (NRW).

“Sebab masalah NRW, jika kita bina loji rawatan air tetapi banyak yang bocor maka air tak akan sampai kepada pengguna," katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai permintaan Kelantan yang mahukan peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi pembinaan lima loji rawatan dan penyimpanan air.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Kerjasama Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) dan Menteri Besar (Diperbadankan) (MBI) bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Jaringan Malaysia dan Brunei, di Magrove Point, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Nik Nazmi, berkata pihaknya tetap komited untuk mencari solusi terbaik termasuk projek utama yang perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan secara tuntas masalah air di Sabah dan Kelantan.

"Kedua-dua kerajaan negeri telah memaklumkan permintaan mereka dan apa yang diperlukan. Kerajaan Persekutuan pula ada kerangka perundangan yang perlu diikuti sama ada di peringkat persekutuan iaitu bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan di peringkat Sabah di bawah kerajaan negeri Sabah.

"Tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tekankan, kita ada tanggungjawab sebagai Kerajaan Pusat untuk membantu Sabah juga," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam