web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Akauntan Mungkin Dibentang Di Parlimen Awal Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:45PM

Ahmad Maslan (dua kanan), Bazlan Osman (kiri) dan Pengasas Salihin International LLP, Ahmad Aljafree Hj Mohd Razali ketika melawat ruang pameran Salihin pada Majlis Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Akauntan 1967, yang bertujuan menambah baik peraturan profesion perakaunan di Malaysia, mungkin dibentang pada sesi pertama Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) menyokong usaha Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu. 

"MIA telah terlibat secara aktif dengan MoF mengenai pindaan Akta Akauntan 1967 serta pengoperasian akta baharu dan MoF akan terus mengalu-alukan usaha MIA dalam perkara ini.

"Dalam pada itu, sementara menunggu akta baharu diluluskan, MoF memuji usaha MIA untuk menjalin kerjasama dengan rakan pengawal selianya iaitu Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh penguatkuasaan," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 2023 di sini hari ini.

Ahmad berkata MIA harus dipuji atas usahanya bagi menghapuskan aktiviti akauntan palsu dan melindungi orang ramai, memperkukuh pematuhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 sebagaimana yang dikuatkuasakan oleh BNM dan menjalin kerjasama dengan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah serta ekonomi.

"Pada masa sama, tugas MIA perlu disokong oleh profesion kukuh yang mengikuti perkembangan yang menjejaskan perniagaan dan peraturan. Oleh itu, persidangan dengan tema membangunkan profesional yang sesuai pada masa hadapan adalah tepat pada masanya.

"Ketika negara semakin maju, kita memerlukan himpunan bakat profesional berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan majikan dan organisasi merentasi semua sektor," katanya.

Sementara itu, Presiden MIA Datuk Bazlan Osman berkata dalam dunia pasca-COVID yang serba kompleks, penuh gangguan dan tidak pernah berlaku, profesional perakaunan harus mampu mengemudi peranan mereka yang semakin berkembang dan pelbagai untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang serta kepimpinan berkesan.

Beliau berkata ini memerlukan profesional perakaunan bukan hanya untuk memperoleh kecekapan teknikal yang semakin kompleks dalam kewangan dan perakaunan tetapi juga dilengkapi kepintaran bukan kewangan yang akan memperkukuh kedudukan mereka sebagai golongan serba boleh, penyelesai masalah dan rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi organisasi. 

"Akauntan juga perlu menyesuaikan diri dan tangkas untuk berkembang serta mengatasi cabaran baik yang lama mahupun baharu," katanya.

Sebagai pengawal selia dan pembangun profesion, Bazlan berkata MIA telah mengenal pasti perubahan iklim serta isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai pencetus perubahan yang bakal menetapkan semula ekosistem perniagaan global.

"Kesemua ini adalah sangat penting kerana pelabur dan pihak berkepentingan mengutamakan kesan perubahan iklim dan ESG. 

"Sebagai contoh, gergasi pelaburan global BlackRock komited untuk meletakkan kemampanan sebagai pusat proses pelaburannya pada Januari 2020 berdasarkan keyakinan bahawa penyepaduan maklumat berkaitan kemampanan ke dalam proses pelaburan boleh membantu pengurus portfolio mereka menguruskan risiko dan membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad