web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khazanah Tidak Jual Aset Kompleks IMS - Timbalan Menteri Kewangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 4:25PM

Stevem Sim - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak pernah menjual aset kompleks produksi filem dan televisyen, Iskandar Malaysia Studios sebaliknya hanya menjual saham dalam syarikat pengendali operasi studio tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata studio berkeluasan 19.8 hektar (49 ekar) di Iskandar Puteri, Johor itu masih dimiliki Khazanah melalui melalui anak syarikat bertujuan khas (SPV), Tanjung Bidara Ventures Sdn Bhd.

Beliau berkata Khazanah mengambil keputusan untuk menjual saham dalam syarikat pengendali operasi studio iaitu Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) untuk mencari rakan kongsi baharu yang dapat mengendalikan operasi studio berkenaan dengan lebih baik. 

“IMS menghadapi cabaran dari segi kemampanan kewangan dan ianya diburukkan lagi dengan kesan kepada industri perfileman akibat pandemik COVID-19. 

“Sekiranya Khazanah kekal sebagai pemegang saham IMS, Khazanah harus terus menyalurkan sokongan kewangan kepada IMS dengan anggaran kerugian sehingga RM14 juta setiap tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta penjelasan mengenai rasional penjualan studio tersebut.

Susulan penjualan pemilikan dalam syarikat pengendali studio itu, Sim berkata Khazanah telah memilih Studio Management Services Sdn Bhd (Studio Management Services) sebagai rakan kongsi baharu selepas melalui proses Request for Proposal (RFP).

Studio Management Services merupakan sebuah konsortium yang dipimpin oleh pasukan pengurusan tempatan IMS dan rakan kongsi serantau, GHY Culture & Media Holding Co. Limited dan anak syarikatnya, GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn Bhd (GHY) yang merupakan sebuah syarikat kumpulan media yang terkemuka dalam industri hiburan Asia dan tersenarai di Bursa Saham Singapura. 

“Pada masa ini, Perjanjian Jual Beli Saham telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan menunggu syarat duluan (Conditions Precedent) dimuktamadkan,” kata Sim.

Sim berkata berikutan urus niaga tersebut, Khazanah akan menerima hasil penjualan saham syarikat pengendali operasi studio tersebut sebanyak RM32 juta serta anggaran bayaran sewa sehingga tahun 2036 berjumlah RM26 juta. 

Studio Management Services dijangka berpotensi menjana pendapatan berjumlah RM800 juta dalam tempoh lima tahun melalui kemasukan produksi baharu ke studio berkenaan.

“Hasilnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan dalam ekosistem studio tersebut serta membawa impak positif kepada ekonomi setempat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar