web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Bentang RUU Kawalan Produk Merokok Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:14AM

KKM akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ia akan dibentangkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas sesi soal jawab.

Sebelum ini, pada 26 Mei lepas, Dr Zaliha menyifatkan perkara itu kejayaan buat KKM apabila mendapat sokongan Kabinet untuk RUU tersebut dibentang.

Pada sesi taklimat bersama media 6 Jun pula, beliau berkata KKM telah memasukkan kesemua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu dan  RUU itu disifatkan lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok combustible.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar generasi penamat (GEG), manakala perubahannya adalah pada cohort generasi yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Turut akan dibentang untuk bacaan kali pertama adalah Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023 oleh Kementerian Kewangan. 

Sementara itu, antara yang menjadi tumpuan dalam sesi soal jawab hari ini adalah pertanyaan daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) kepada Kementerian Pendidikan mengenai langkah untuk menangani isu buli khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang menunjukkan peningkatan kes setiap tahun.

Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula meminta KKM menjelaskan langkah untuk memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat yang masih berada di tahap rendah memandangkan Malaysia dikategorikan sebagai bukan negara sihat.

Turut tersenarai, soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang ingin tahu adakah Kementerian Perpaduan Negara terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem bagi memastikan nilai kerukunan karya yang dihasilkan serta tidak menyentuh isu sensitif melibatkan kaum dan agama.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 11 hari dan akan berakhir Khamis ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad