web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Model Mercedes AMG EQE 53 4Matic+ dan EQS 53 4Matic+, Penuh Bergaya Dan Elegan!

Mercedes-Benz telah melancarkan dua lagi model terbaharu mereka iaitu AMG EQE 53 4Matic+ dan EQS 53 4Matic+ dengan penampilan dan penggunaan teknologi canggih dan terkini.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 10:34AM

Mercedes-Benz baru-baru ini telah melancarkan dua lagi model terbaharu mereka iaitu AMG EQE 53 4 Matic+ dan EQS 53 4Matic+ yang penuh bergaya dan elegan - Gambar ihsan Mercedes-Benz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, kereta Mercedes mungkin dikatakan sebuah kenderaan yang nampak tua dan sesuai digunakan oleh golongan berumur. 

Namun, dengan peredaran waktu dan masa, Mercedes-Benz juga  telah melakukan peningkatan dan inovasi dari sudut rekaan serta teknologi terhadap kenderaan mereka termasuklah pembinaan kenderaan kuasa elektrik (EV)

Seiring dengan perkembangan tersebut, Mercedes-Benz baru-baru ini telah melancarkan dua lagi model terbaharu mereka iaitu AMG EQE 53 4 Matic+ dan EQS 53 4Matic+ yang penuh bergaya dan elegan.

Model AMG EQE 53 4 Matic+ menampilkan reka bentuk yang mantap dan agak sporty. Anda dapat lihat elemen tersebut terserlah di bahagian skirt sisi, spoiler, spoiler belakang dan bumpernya yang nampak kompak tetapi agar besar.

Ditambah lagi dengan rim aloi ringan berbilang jejari AMG 21 inci dicat dengan warna hitam matt dengan kemasan kilauan tinggi bersama brek enam piston seramik, menampak lagi gaya yang penuh dengan kemewahan.

Malah ia turut dilengkapi dengan Pakej Bantuan Pemanduan Plus dan penggantungan AIRMATIC serta bantuan kawalan AMG Ride Control yang memberikan anda prestasi kawalan lebih baik.

Pada bahagian dalamannya pula, ia dipasangkan bersama peranti LCD digital dengan sistem skrin sentuh gaya untuk menggunakan tetapan seperti kamera atau radio. 

Bahkan ia juga dipadankan lagi dengan stereng AMG terkini, tombol, tempat duduk kulit hitam dan Alcantara + Carbon Panel bagi kemasan dalaman yang dilihat sangat eksklusif.

Berbicara mengenai kuasa jentera, model ini memiliki dwi motor yang terletak di hadapan serta belakang serta  mampu menghasilkan kuasa kuda sehingga 617hp dan tork 950Nm. Hasilnya, pemandu mampu melakukan pecutan maksimum sepantas 220 km/j dam 100 km/j dalam masa 3.5 saat. 

Buat pengetahuan semua juga, model ini merupakan kereta jenis hybrid di mana ia turut menawarkan pemanduan menggunakan kuasa elektrik. EQE 53 4 Matic+ memiliki pek bateri 90.6 kWj yang mempunyai kemampuan jarak gerak sehingga 527km. 

Beralih pula kepada model EQS 53 4Matic+, dari segi reka bentuk dan penampilannya tidak jauh beza dengan EQE 53 namun ia mempunyai teknologi aerodinamik bagi memberikan lebih daya ke bawah seterusnya membolehkan kereta bergerak dengan stabil.

Dari aspek dalaman pula, model ini juga tidak kurang beza dengan EQE 53. Ia masih menggunakan peranti LCD digital, stereng AMG terkini, tombol, tempat duduk kulit hitam atau hitam chrome, dan Alcantara + Carbon Panel.

Akan tetapi kuasa kudanya sedikit berbeza iaitu dengan gabungan motor dwi hadapan dan belakangnya ia menghasilkan 658 hp, tork 950Nm. Manakala pecutan dan kelajuan maksimumnya mencecah 250 km/j.

Turut berada dalam kategori hybrid, model ini memiliki kuasa elektrik 108. 4 kWj dengan jarak gerak sejauh 300km.

Kedua-dua model ini menawarkan harga jual bermula RM649,888 bagi Mercedes AMG EQE 53 4Matic+ manakala Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ pula berharga RM798,888.  - Getaran, 11 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Usah Guna Mercedes, Facebook: Netizen Kecam Surat Terbuka Pemimpin PAS Kepada Khairul Aming

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar