web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Seru Masyarakat Beri Tumpuan Tingkat Mutu Pendidikan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:15AM

Anwar Ibrahim berkata dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh masyarakat supaya memberi tumpuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dengan mengutamakan kekuatan nilai dan akhlak yang baik.

Beliau berkata dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

“Tidak kurang pentingnya maksud dan matlamat pendidikan itu yang ditekankan Menteri Pendidikan sekarang adalah supaya kembali kepada agama.

Yang kita mahu tingkatkan itu adalah manusia dengan keyakinan dengan nilai dan akhlak itu kerana percubaan di banyak negara sangat berhasil memupukkan nilai dalam pendidikan,” katanya ketika berucap selepas menonton pementasan teater “Cikgu Anda” di sini malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mahu penguasaan bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

“Kita juga perlu berusaha untuk meningkatkan disiplin ilmu supaya dapat berlumba dan bersaing (seiring dengan negara lain),” katanya sambil menambah tumpuan itu harus menjadi satu gerakan dan bukannya tertumpu kepada seorang tokoh sahaja.

Terdahulu, beliau menyaksikan pementasan teater berjudul “Cikgu Anda” yang diinspirasikan berkaitan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan.

“Cikgu Anda” diadaptasikan ke pentas untuk mengangkat nama Yayasan Anda Akademik (YAA) iaitu institusi pendidikan swasta yang diasaskan sekumpulan siswazah universiti tempatan dan dipelopori Anwar pada Mac 1971.

Ia juga bertujuan menceritakan perjuangan yayasan berkenaan yang membantu keciciran pelajar terutamanya pelajar luar bandar serta kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi.

Naskhah teater itu merupakan terbitan Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM) dengan kerjasama Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR).

Menerusi kata aluan dalam buku program persembahan itu, Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan penerbitan teater itu kerana dapat mengangkat naskhah berhubung sejarah penubuhan YAA untuk dipertonton kepada masyarakat.

Beliau berkata YAA diwujudkan atas kesedaran pemimpin belia dan mahasiswa daripada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi Kebangsaan yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia, Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai serta Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai.

“Sebagai satu institusi yang mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri maka semua ativiti digemblengkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa.

“Sesuai dengan moto penubuhannya yang berusaha memberi pendidikan di segenap lapisan masyarakat terutama dalam kalangan mereka berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian paling minimum tetapi mutu pendidikan disediakan sudah teruji keberkesanannya,” katanya.

Teater yang berdurasi sejam setengah itu adalah idea asal Pengerusi PAYAAM Datuk Dr Suhaimi Ibrahim dengan menampilkan barisan pelakon lama dan baharu antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Hairi Safwan, Abon, Najua P Ramlee, Sarah Fazny dan Eira Sabariah.

“Cikgu Anda” mengetengahkan sekumpulan pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta kurang berkemampuan namun nekad menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di YAA yang antaranya diasaskan oleh Cikgu Anwar yang merupakan tenaga pengajar yayasan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar