web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemudahan Mesra OKU Di Malaysia Masih Rendah - Nancy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:51PM

Nancy (dua dari kanan) berswafoto bersama sebahagian pengusaha dan pengasuh TASKA pada majlis perasmian Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2023 (KPAKK 2023) di kementerian itu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUNDU - Kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) melibatkan bangunan di Malaysia masih berada pada tahap rendah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan kemudahan mesra OKU di negara ini.  

“Selain itu, saya akan mewakili Malaysia bagi Konvensyen Mengenai Hak OKU anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan dari situ, kita dapat melihat bagaimana keberkesanan dasar OKU oleh negara luar,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Gawai Dayak daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

Menurutnya, persidangan yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun itu memberi peluang kepada Malaysia dan negara lain untuk bertukar pandangan mengenai dasar yang boleh dikuatkuasakan, mengikut kesesuaian situasi kelompok OKU di negara masing-masing.

Nancy berkata isu bangunan mesra OKU khususnya di Kuala Lumpur turut disentuh dalam perjumpaannya bersama Ahli Dewan Negara Senator Isaiah Jacob semalam. 

Menerusi pertemuan itu, Isaiah yang mewakili golongan OKU memaklumkan pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bagi memeriksa bangunan-bangunan di sekitar ibu negara dalam memastikan ia mesra OKU. 

“Saya menyarankan agar golongan OKU menyuarakan pendapat secara berkumpulan supaya kita boleh bawa suara itu dengan rasmi di peringkat seterusnya,” kata Nancy. 

Terdahulu, menteri itu merasmikan Hari Gawai Dayak daerah Lundu yang dihadiri kira-kira 1,000 pengunjung, dengan pelbagai makanan tempatan ditonjolkan daripada etnik Bidayuh Jagoi, Iban, Salako dan Rara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad