web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perjelas Tindakan Henti Tajaan JPA Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 3:09PM

Penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dihentikan kerana kajian dijalankan KKM mendapati, bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dihentikan kerana kajian dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara (sektor awam dan sektor swasta) kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Menurutnya, bekalan pegawai perubatan pada 2021 direkodkan pada 72,812 berbanding permintaan iaitu berjumlah 70,721.

“Manakala bekalan pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan memenuhi keperluan permintaan masing-masing pada 2025 dan 2029.

“Dalam hal ini, pelajar dalam tanggungan JPA tetap akan ditaja sehingga 2027,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Wan Saifulruddin Wan Jan - Gambar fail
Wan Saifulruddin Wan Jan - Gambar fail

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai alasan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, seramai 1,774 pelajar perubatan tajaan JPA akan menerima pengijazahan diikuti kira-kira 69 pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasi.

Malah katanya, kira-kira 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi yang lain, akan menerima pengijazahan mulai 2024 hingga 2027.

“Statistik ini merupakan bukti komitmen JPA dalam menaja pelajar walaupun akan berlakunya kebanjiran pegawai perubatan mulai 2026 hingga 2030.

“Prinsip penajaan JPA menekankan penyerapan pelajar tajaan ke dalam perkhidmatan awam setelah menamatkan pengajian dengan jayanya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, dalam hal ini, kajian yang dilaksanakan KKM mendapati bahawa terdapat kesukaran untuk menyerap keseluruhan pelajar perubatan tajaan kerajaan ke dalam perkhidmatan awam.

“Melalui langkah ini juga, JPA dapat memberikan penajaan yang lebih efektif kepada lebih ramai pelajar dalam bidang lain.

“Sebagai makluman, kos penajaan seorang pelajar perubatan adalah bersamaan dengan kos penajaan untuk 10 orang pelajar dalam bidang lain,” katanya.

Justeru, Armiza berkata, pelajar bidang perubatan boleh mendapatkan pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa ikatan kontrak berkhidmat.

“Kaedah ini memberikan ruang dan fleksibiliti kepada pelajar perubatan dalam pemilihan institusi pekerjaaan dan pelanjutan pengajian dalam bidang kepakaran pada masa akan datang,” katanya. – Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad