web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Musthafa Kamal Yang Hilang Ketika Umrah Disahkan Meninggal Dunia Di Makkah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 12:50PM

Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan (kiri) bersama dua orang anak kepada Allahyarham Musthafa Kamal Januari lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT -  Jemaah umrah Musthafa Kamal Abdullah, yang dilaporkan hilang di Makkah pada Disember lepas, disahkan telah meninggal dunia.

Anak sulungnya, Muhammad Nabil, 26, berkata beliau sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia, kira-kira pukul 11.40 pagi semalam.

Beliau berkata solat jenazah ghaib ke atas jenazah ayahnya, yang merupakan guru sekolah itu, diadakan di Masjid Jamek Sri Gading selepas solat Jumaat.

“Saya juga diberitahu oleh pihak kedutaan di sana semalam, yang ayah sebenarnya telah meninggal dunia pada 13 Feb lepas, selepas segala pengesahan biometrik serta pengurusan dan pengebumiannya selesai.

“Kini saya bersama ibu, adik beradik dan ahli keluarga yang lain hanya menunggu dokumen pengesahan kematian ayah, saya agak terkilan kerana baru sahaja diberitahu semalam susulan proses pengesahan kematian daripada pihak Arab Saudi yang mengambil masa lama,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Sri Gading, di sini, hari ini.

Muhammad Nabil, yang bertugas di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, itu memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Malaysia di sana juga baru mengetahui mengenai kematian ayahnya, kira-kira dua hari sebelum memberitahu keluarga.

Selain, menunggu dokumen pengesahan kematian, mereka sekeluarga juga mahu mengetahui punca sebenar kematian ayahnya serta lokasi arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau juga berhasrat membawa ibu dan empat adiknya untuk menziarahi pusara arwah ayahnya di Makkah dalam masa terdekat.

“Saya menganggap kejadian ini ada hikmah di sebaliknya dan bersyukur ayah meninggal dalam keadaan keadaan yang baik (berihram) serta dalam bulan yang baik (Rejab),” katanya.

Musthafa Kamal, 49, yang menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz, 17, sepatutnya pulang pada 18 Disember lepas, dilaporkan hilang pada 12 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan