web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Rasheed Gabenor Bank Negara Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 8:02PM

Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour - Gambar dari www.bnm.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai Gabenornya yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menerusi kenyataannya, institusi kewangan itu berkata, pelantikan Abdul Rasheed dibuat selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Berbekalkan pengalamannya berkhidmat selama 35 tahun bersama BNM sejak 1988 dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor pada 2016, beliau akan mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menyempurnakan tempoh perkhidmatan lima tahunnya pada 30 Jun ini.

 Nor Shamsiah Mohd Yunus
Nor Shamsiah Mohd Yunus

Abdul Rasheed memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang itu juga, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan bagi tahun 2000 hingg 2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Sempena pengumuman pelantikannya itu, Abdul Rasheed berkata, ia adalah penghormatan dan beliau akan meneruskan serta meningkatkan lagi usaha dilaksanakan Shamsiah.

“Di bawah kepimpinan beliau (Shamsiah), BNM terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan, meskipun melalui banyak tempoh mencabar, termasuk krisis pandemik.

“Beliau juga memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan BNM pada kedudukan lebih baik, bagi memanfaatkan peluang serta menangani cabaran pada masa hadapan.

“Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.

Nor Shamsiah pula berkata, tanggungjawab diberikan kepadanya untuk menerajui BNM selama lima tahun adalah satu penghormatan.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang memimpin BNM dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu serta sangat penting kepada negara.

“Saya percaya Abdul Rasheed adalah pilihan tepat untuk menerajui BNM sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau.

“Malah, saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin BNM bagi terus memenuhi mandatnya, iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan ondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” katanya. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad