web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 4:55PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 336,592 pelajar perempuan Tingkatan Satu kohort 2020 hingga 2022 belum menerima sebarang dos vaksin HPV setakat ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, isu itu timbul apabila Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat membuat perolehan bekalan vaksin HPV pada tahun 2021 berikutan gangguan bekalan vaksin itu di peringkat global.

"Dengan menggunakan baki stok vaksin pada 2020, seramai 34,933 (15.7 peratus) pelajar perempuan Tingkatan Satu kohort 2021 menerima dos satu vaksin HPV serta terdapat 187,151 atau 84.3 peratus belum menerima vaksin HPV pada 2021.

"Kemudian pada 2022, harga vaksin HPV di peringkat global meningkat sebanyak enam kali ganda mengakibatkan KKM hanya boleh membuat perolehan sebanyak 100,000 dos vaksin HPV pada Disember 2022,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkaitan status terkini suntikan HPV untuk lebih daripada 500,000 kanak-kanak perempuan yang terlepas suntikan dari 2020 hingga 2022 serta perolehan vaksin HPV yang telah diperuntukkan RM120 juta untuk tahun 2023.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM komited untuk memastikan semua pelajar perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 akan menerima vaksin tersebut sebelum mereka tamat persekolahan.

Menurutnya, keutamaan pemberian vaksin HPV adalah kepada pelajar perempuan kohort 2021 yang sedang berada di Tingkatan Tiga terlebih dahulu.

“Apabila keseluruhan kohort ini selesai, vaksin akan mula diberikan kepada pelajar kohort 2022 dan seterusnya kepada pelajar kohort 2023.

“Dan ini bergantung kepada jumlah vaksin yang dapat diperolehi pada tahun ini,” katanya.

Jelas beliau, kesemua vaksin tersebut sudah diagihkan ke negeri untuk diberikan kepada murid perempuan Tingkatan Satu kohort 2021 yang belum menerima
vaksin.

“Oleh itu, bilangan pelajar perempuan Tingkatan Satu kohort 2020 hingga 2022 yang belum menerima sebarang dos vaksin HPV adalah seramai 336,592 orang,” katanya. – Getaran, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek