web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PLUS Komited Capai Sifar Bersih Karbon Menjelang 2050

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 9:25PM

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau 'net zero' menjelang 2050, selari dengan hasrat negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau 'net zero' menjelang 2050, selari dengan hasrat negara. 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pelbagai tindakan telah dirangka, termasuk komitmen jangka masa pendek iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam ekosistem operasi Lebuh Raya Utara Selatan sebanyak 35 peratus menjelang 2030 berbanding tahun 2017.

Menurut beliau, pelan itu berdasarkan kepada pencapaian PLUS dalam mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 peratus melalui pelaksanaan pelbagai langkah kecekapan tenaga. 

"Antaranya adalah pengubahsuaian lampu LED dan pemanfaatan tenaga boleh diperbaharui melalui pemasangan panel solar di pejabat dan kawasan rehat. 

"PLUS telah menerima beberapa pengiktirafan dan anugerah tenaga di peringkat kebangsaan dan serantau," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Hasil kejayaan itu, Nik Airina berkata, PLUS bertekad dalam memberi sokongan terhadap sasaran 'Net Zero 2050 negara' dengan mengoptimumkan tenaga bolehdiperbaharui di samping mempraktikkan amalan mobiliti rendah karbon.

Pada masa sama, jelasnya, PLUS juga akan memanfaatkan penyelesaian berdasarkan alam semula jadi dan menggalakkan pemikiran serta budaya ekonomi kitaran.

"Sebagai pengendali lebuh raya yang terbesar di Malaysia, kami percaya kami berupaya untuk menerajui kelestarian dalam memajukan industri lebuh raya.

"Komitmen kami terhadap sasaran Net Zero membolehkan kami menerajui inovasi dan kerjasama yang akan menyumbang kepada pembangunan negara," katanya. 

Dalam mencapai misi itu bersama komuniti, Nik Airina berkata, pihaknya akan beroperasi secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial sambil mengamalkan amalan tadbir urus yang baik. 

"PLUS bakal melancarkan Laporan Kelestarian pada penghujung bulan ini di mana ia akan memaparkan penzahiran yang menyeluruh terhadap usaha syarikat yang berterusan dalam mencorak masa hadapan yang lestari," katanya - Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek