web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: Perdana Menteri Akan Jelaskan Tindakan Kerajaan Berhubung Gesaan Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 10:02AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan terhadap gesaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah, akan dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Anwar dijadual berbuat demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta penjelasan memandangkan isu itu telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

 Dr Radzi Jidin - Gambar fail
Dr Radzi Jidin - Gambar fail

Pada sesi MQT, Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) juga dijadual bertanya mengenai kesan kejatuhan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilai mata wang itu.

Turut menjadi tumpuan hari ini ialah persoalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) pada sesi soal jawab tentang status terkini berserta tempoh jangka siap pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ingin mengetahui langkah yang diambil kementerian terhadap pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Darjah (PBD), susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga termasuk kualiti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

Sejurus selesai sesi soal jawab, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 dijangka dibaca buat kali pertama.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama tujuh hari bermula hari ini hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad