web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hassan Pertahan Anwar: ‘Tak Semestinya Pemimpin Perlu Miskin Nak Faham Isu, Buktinya…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 9:08PM

Hassan Abdul Karim berkata seseorang pemimpin itu tidak semestinya perlu berdepan pengalaman hidup dalam kemiskinan bagi memahami sepenuhnya keadaan rakyat yang mengalami kesukaran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin tidak semestinya ‘wajib’ berdepan pengalaman hidup dalam kemiskinan bagi memahami sepenuhnya keadaan sukar itu dalam usaha membantu rakyat memerlukan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, perkara itu dibuktikan apabila Perdana Menteri Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berjaya mendapat gelaran Bapa Pembangunan, ekoran dasarnya yang sering membantu golongan berpendapatan rendah.

(Jadi), Apa dosanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Adakah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tahu Tun Abdul Razak juga belajar di situ.

Menurutnya, bapa kepada Datuk Seri Najib Razak itu juga mengasaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

“(Jadi), Apa dosanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Adakah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tahu Tun Abdul Razak juga belajar di situ.

“Tun Abdul Razak bukan anak orang miskin. Beliau adalah anak bangsawan dari Pahang, tetapi lihat apa yang sudah dibuatnya dalam memperjuang nasib orang miskin. Siapakah Perdana Menteri yang membuka beribu hektar tanah di Malaysia di bawah rancangan tanah Felda untuk dikurniakan kepada rakyat miskin Melayu? 

“Tentulah jawapannya ialah Tun Abdul Razak yang bersekolah di MCKK dulunya dan bukan dari keluarga miskin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan Anwar, susulan dakwaan dikemukakan Muhammad Sanusi bahawa Perdana Menteri tidak mengetahui mengenai kemiskinan.

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi

Menerusi dakwaannya, Muhammad Sanusi mengimbas kembali bagaimana membesar dalam keluarga miskin, sehingga bapanya melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyaranya dan 12 adik-beradik lain.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menegaskan, beliau mengetahui masalah kemiskinan dan situasi dialami rakyat susah.

“Dia (Anwar) cakap pasal orang miskin, dia pernah miskin? Dia anak pemimpin UMNO. Bapa dia Ahli Parlimen, mak dia (anggota) Wanita UMNO. Dia mengaji di MCKK. 

“Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa! Ini (kata) nak memuktamadkan (membasmi) kemiskinan...Tak usah sembanglah bos, hang berangan-angan saja,” kata Muhammad Sanusi. 

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Muhammad Sanusi mungkin sudah lupa tindakan awal diambil Anwar untuk membantu pesawah, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu.

Ketika itu, jelasnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, menegur tokoh perniagaan yang juga pemilik Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berhubung monopoli syarikat terbabit dalam import beras.

Jelasnya, tindakan Anwar itu menyebabkan Syed Mokhtar memperuntukkan RM60 juta untuk pembayaran kepada pesawah.

“Menteri Besar Kedah tentu maklum bahawa di negeri itu terdapat ramai pesawah padi. Adakah Sanusi sudah lupa bahawa antara tindakan awal Anwar sebagai Perdana Menteri ialah berbincang dengan Syed Mokhtar. 

“Ia dilakukan supaya ahli perniagaan berkenaan memulangkan sebahagian daripada keuntungannya bernilai RM100 juta untuk membantu pesawah miskin,” katanya. 

Dalam pada itu, Hassan turut terkilan dengan kenyataan dilontarkan Muhammad Sanusi susulan Anwar sebelum ini, mengkritik Belanjawan Kerajaan PH ketika dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, ekoran melakukan pemotongan subsidi kepada petani dan nelayan. 

Sehubungan itu, katanya, Anwar mencadangkan kepada kerajaan Dr Mahathir, khususnya Kementerian Kewangan agar menyusun semula kadar bayaran kepada syarikat besar berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tegasnya, justeru Muhammad Sanusi sebagai seorang pemimpin tentu bersetuju dengan beliau bahawa tidak semestinya sekiranya individu pernah hidup miskin, barulah akan mengetahui erti kemiskinan.

“Jadi, eloklah bersederhana dalam ucapan. Adalah lebih molek kesudahannya jika Menteri Besar Kedah itu menghulurkan tangan persahabatan dengan Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan Persekutuan. 

“Sepatutnya kita (termasuk Muhammad Sanusi) bersyukur dan terus berdoa kepada Allah SWT supaya Perdana Menteri kita sekarang terus tabah dan istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat miskin,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar