Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gelaran Tan Sri: 'Saya Masih Suka Semua Orang Panggil Saya Kit…'

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:20PM

Lim Kit Siang bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar dari Twitter @hannahyeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang dianugerahkan gelaran ‘Tan Sri’ hari ini, menghargai dan berterima kasih atas ucapan tahniah diberikan semua pihak susulan pengurniaan darjah kebesaran diterimanya itu.

Bagaimanapun, secara merendah diri, beliau memaklumkan tetap suka sekiranya hanya digelar dengan nama ‘Kit’, iaitu panggilan mesra diberikan orang sekeliling.

‘Thanks everyone for the congratulatory wishes. I still prefer everyone to just call me Kit (Terima kasih semua atas ucapan tahniah. Saya masih lebih suka semua orang panggil saya sebagai Kit sahaja,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Beliau adalah antara 839 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Yang turut berangkat ke istiadat itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kit Siang dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Semalam, BH melaporkan, difahamkan Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP pertama dianugerahkan gelaran berkenaan.

Gelaran itu ialah darjah kebesaran Persekutuan kedua tertinggi selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Foto Kit Siang yang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi mantan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook, semalam.

Berdasarkan muatnaik itu, Jeff Ooi memaklumkan bahawa Kit Siang melakukan raptai dengan menggelarkan mantan Pengerusi DAP itu sebagai Tan Sri.

“Keluarga veteran Lim. Tan Sri Lim Kit Siang (Raptai). Tun Lim Chong Eu. Tun Ling Liong Sik. Tun Lim Keng Yaik.

“Penganugerahan adalah pada hari Isnin, 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai kelihatan tidak begitu muat dengan kepala beliau. Ia kelihatan seperti songkok budak yang dipakaikan di kepala ayah,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen status Kit Siang, pengguna platform itu, termasuk pemimpin politik teruja dengan pengurniaan diterima beliau.

“Congratulations (tahniah) ‘Laoda’. We are so proud of you (kami sangat berbangga dengan anda). Thanks for being the person I always look up to (Terima kasih keraja menjadi individu yang selalu saya hormati),” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

“Congratulations and best wishes to Tan Sri Lim, you did a great job for all Malaysians. (Tahniah dan semoga yang terbaik untuk Tan Sri Lim, anda sudah melakukan tugas hebat untuk semua rakyat Malaysia),” ujar Wei Hee Chin.

‘Tahniah Tan Sri,” Mohd Azhar Md Dali.

Di sebalik ucapan tahniah diberikan, ada antara mereka menyifatkan gelaran itu sememangnya layak diterima Kit Siang, ekoran perjuangan dan pengorbanan puluhan tahun beliau dalam persada politik negara.

“Tahniah, Tan Sri layak mendapat pengiktirafan, semoga Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan kegembiraan serta kemakmuran,” tulis seorang pengguna. – Getaran, 5 Jun 2023

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Luar Negara 16 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB