web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 1:25PM

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri kepada Pemimpin Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Veteran DAP, Lim Kit Siang dan mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan antara 839 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.

Ketiga-tiga mereka dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Pengurniaan itu dianugerahkan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Yang turut berangkat ke istiadat itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain, termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group, Berhad Datuk Ng Hook.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad, Datuk Seri Gan Seong Liam; Pengerusi DPS Resources Berhad, Datuk Seri Sow Chin Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad, Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani N.Hassan Thani dan composer, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan.

Penerima PSM lain ialah Pengerusi Eksekutif Yuwang Group, See Hong Cheen @ See Hong Chen; Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited, Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed AR Albar dan Pengerusi Pengarah Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) Berhad, Datuk Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon.

Ia turut diterima Pengarah Urusan Winfast Group of Companies, Datuk Seri Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau; Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ming Heng Motor Sdn Bhd, Datuk Koh Chui Ming; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Pengarah Urusan Cergas Murni Sdn Bhd, Datuk Paul Latimer.

Selain itu Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Yeoh Choon San; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies, Datuk Kong Hoi Chieng; Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd, Datuk Seri Lau Kuan Kam; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Turut dikurniakan PSM ialah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Anifah Aman dan veteran politik Lim Kit Siang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican; mantan pemain badminton negara, Tan Aik Huang dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. – Getaran, 5 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar