web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 1:33PM

Kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika kesemua ahli Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang dari pertandingan di Ara Damansara, Kuala Lumpur. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Lapan lelaki termasuk tujuh pesilat cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di KM221 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika kesemua ahli Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang dari pertandingan di Ara Damansara, Kuala Lumpur.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Exora berkenaan yang berada di lorong paling kiri telah melanggar belakang sebuah lori, namun lori itu tidak dapat dikenal pasti kerana telah meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian semua penumpang yang berusia 16 hingga 21 tahun itu sedang tidur.

Katanya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dan kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Arshad berkata seorang pemandu lori membawa muatan air batu dan dua penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan di KM220 arah selatan di lebuh raya sama, kira-kira 2.45 pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku di lorong paling kiri apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura itu cuba mengelak lori terbabit yang dipercayai sedang bertukar lorong dari laluan kecemasan ke laluan kiri.

"Bas itu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang menyebabkan lori itu terbalik ke dalam longkang tepi lebuh raya,” katanya.

Menurut Arshad pemandu lori bersama dua penumpang bas dibawa ke Hospital Melaka manakala kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja