web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Dasar Baharu Depani Cabaran Global, Enggan Sistem Raja Diperolok - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 1:00PM

Anwar mempersembahkan ucapan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan merangka dan melaksanakan beberapa dasar negara yang lebih kental serta ampuh, bagi mendepani cabaran masa depan Malaysai dan dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara dasar itu adalah Pelan Perindustrian Negara yang bakal dilancarkan Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (akhir September) dan Belanjawan MADANI kedua (Oktober).

Beliau memaklumkan, dalam semua kerangka besar bakal diluncurkan, ia akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab.

“Usaha ini dilaksanakan susulan pimpinan kerajaan akui bahawa cabaran di hari muka tetap mencabar.

“Dunia masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan. Kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

Acara itu turut menyaksikan Sultan Abdullah berkenaan menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.

Turut berangkat ke istiadat itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selain isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri berkata, selain usaha pemulihan ekonomi, Kerajaan Perpaduan sedang menumpukan inisiatif menangani isu kos sara hidup, kenaikan harga barang dan memastikan keterjaminan makanan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Katanya, beberapa pendekatan seperti Konsep Payung Rahmah, Karnival Jualan Aidilfitri, keusahawanan dan inovasi sosial seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat adalah sebahagian ikhtiar untuk membantu rakyat yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Malaysia juga akan terus berperanan dengan lebih aktif dalam menyuarakan pendirian serta memelihara kepentingan negara di forum antarabangsa, khususnya isu kedaulatan, kemanusiaan, keselamatan dan pengurusan bencana,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, Jemaah Menteri juga terus bertekad bertugas sebagai satu pasukan dan mengukuhkan persefahaman, agar tidak ada kelompok negeri yang terpinggir serta tersisih.

Ujarnya, di antara usaha ditumpukan adalah memperbaiki sekolah dan klinik daif, perumahan penjawat awam bocor serta kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Malah, tegasnya, institusi beraja umpama pohon dan sudah tentu ia mesti dipelihara dengan baik.

“Justeru, Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan.

“Lantaran itu, kerajaan pastinya akan mempertahankan, dengan memastikan tindakan setimpal akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam sistem beraja dan keluhuran Perlembagaan.

“Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, ‘Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua’,” katanya. – Getaran, 5 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad