web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Air Keruh, Arus Deras Sukarkan Misi Kesan Kanak-Kanak Disyaki Lemas Di Tanjung Malim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 10:35AM

 Air keruh dan arus deras menyukarkan anggota PPDA melakukan selaman untuk mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Simpang Empat, Tanjung Malim, Sabtu lalu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Air keruh dan arus deras menyukarkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Sabtu lalu. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pada pukul 4 pagi semalam, hujan lebat sehingga pukul 7 pagi menyebabkan arus deras, selain lubuk-lubuk kawasan yang ditumpukan kesemuanya keruh.

Beliau berkata bagaimanapun didapati cuaca baik pada hari ini dengan air lebih jernih dan arus tidak deras berbanding semalam.

"Ini sungai berjeram, maka bukan sepanjang sungai ini dalam. Jadi dia ada lubuk-lubuk tertentu sahaja, kita pun bukan nak menyelam semua tempat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), Sabarodzi berkata misi tersebut diteruskan kira-kira 8.30 pagi ini melibatkan 24 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, PPDA dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Teluk Intan. 

Penggunaan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan mangsa juga diteruskan pagi ini, secara keseluruhan melibatkan 52 anggota lain-lain agensi.

Beliau berkata pihaknya turut mewujudkan "trap point" dalam strategi dan taktikal menyelamat sejauh 2.5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Tubuh badan manusia ini kalau lemas, dalam tempoh 24 jam dia akan timbul. Malam tadi, kita risau dia (mangsa) dah lebih 24 jam, mungkin dia timbul," katanya.

Pada masa sama, Sabarodzi berkata mangsa Edward Grang Anak Jenggut yang berusia lapan tahun dan berasal dari Sarawak merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Menurutnya mangsa ke lokasi tersebut untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lalu, dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan