web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: MIC Tiada Masalah Sokong PH Demi Kestabilan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:39PM

K Raven Kumar berkata setiap ahli atau penyokong parti perlu bersikap terbuka ekoran ia akan memberi persepsi positif kepada Barisan Nasional (BN) yang dilihat menjaga kepentingan rakyat dan negara, berbanding perseteruan politik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan akar umbi MIC tidak mempunyai sebarang konflik atau masalah untuk memberi undi kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Pemuda MIC, K Raven Kumar berkata, setiap ahli atau penyokong parti perlu bersikap terbuka ekoran ia akan memberi persepsi positif kepada Barisan Nasional (BN) yang dilihat menjaga kepentingan rakyat dan negara, berbanding perseteruan politik. 

Bagaimanapun, katanya, terdapat keperluan untuk pemimpin tertinggi MIC memberi penjelasan secara terperinci, agar tiada lagi tanggapan buruk dilemparkan pelbagai pihak terhadap kerjasama BN bersama PH menerusi Kerajaan Perpaduan.

“Tidak boleh cakap tiada masalah untuk undi calon PH dan DAP, jadi penjelasan perlu diberi mengapa Kerajaan Perpaduan ini wujud dan tindakan boleh diambil kita (ahli serta penyokong MIC).

“Ini untuk kestabilan negara dan kita kena lihat gambaran lebih besar, iaitu mengutamakan kestabilan negara, soal politik itu isu kedua,” katanya hari ini. 

Exco Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor itu berkata, langkah terbabit amat penting bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disokong BN.

“Sehubungan itu, MIC akan terus melaksana arahan dikeluarkan kepimpinan BN. Kita tiada masalah untuk mengikut keputusan dasar dibuat BN. 

“Sekiranya itu arahan dari kepimpinan dan itu langkah terbaik demi kesejahteraan serta kestabilan, kita akan beri kerjasama,” katanya. 

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada Kerajaan Perpaduan pada PRN, tanpa mengira daripada parti mana, termasuk DAP.

Menurutnya, gesaan terbabit bukan kerana kepentingan parti tertentu, sebaliknya atas nama Kerajaan Perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik negara.

Jelasnya, apabila ahli UMNO sudah berada di dalam Kerajaan Perpaduan, mereka hendaklah mengikut disiplin parti.

Katanya, pengundi UMNO perlu meninggalkan sentimen pada diri masing-masing kerana dinamika politik Malaysia begitu hebat. - Getaran, 3 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam