web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MB Selangor Sahkan Beberapa Exco Mula Kemaskan Pejabat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 2:53PM

Amirudin ketika hadir pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di sini, hari ini. - Gambar dari Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengesahkan khabar angin berhubung tindakan beberapa pengerusi jawatankuasa atau exco kerajaan negeri yang mula mengemas serta mengosongkan ruang pejabat.

Beliau berkata tindakan berkenaan merupakan perkara biasa dilakukan mereka terutamanya pada akhir penggal, bagi menghadapi pilihan raya.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

“Ini adalah perkara lazim. Semua buat perkara sama. Dahulu saya pada penggal lepas pun begitu, bila dah nak bubar (Dewan Undangan Negeri), kita pun bersiap sedia untuk kemas. Selepas ini tugas mereka (exco) adalah untuk menjalankan apa yang dirancang dan tidak boleh ada dasar baharu.

“Masing-masing pada ketika itu akan sibuk dengan pilihan raya dan berada di lapangan,” katanya yang ditemui di Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di sini, hari ini, ketika merujuk khabar angin mengenai tindakan beberapa exco kerajaan negeri Selangor yang sudah mula mengemas dan mengosongkan ruangan pejabat.  

Amirudin berkata beliau sedang menunggu perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk sesi menghadap bagi menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor, dan kerajaan negeri hanya mempunyai tempoh 23 hari bermula hari ini bagi membubarkan DUN.  

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad