web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Larikan Perodua Axia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 10:15PM

Penahanan dua lelaki itu, menjadikan lima suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis  menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian beberapa suspek merampas dan melarikan sebuah kereta Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini, semalam yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata dengan penahanan dua lelaki itu, menjadikan lima suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Berdasarkan risikan yang dijalankan polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki itu yang merupakan pemberi pinjaman berusia 57 tahun dan penarik kereta berumur 49 tahun, dan mereka ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini hari ini.

"Polis percaya dengan penahanan dua lagi lelaki itu, kami dapat menyelesaikan kes tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya semua lima suspek itu, kini direman sehingga 6 Jun ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan tanpa senjata.

Semalam polis menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun secara berasingan di Seberang Jaya dan Butterworth, di sini serta Kuala Kangsar, Perak susulan kejadian sebuah Perodua Axia dilarikan dan pemandunya ditarik keluar ketika berhenti di lampu isyarat.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kerana ibu kepada pemandu kereta tersebut gagal membayar pinjaman wang sebanyak RM100,000 yang dipinjamnya daripada seorang lelaki, pada 2020.

Ibu mangsa bersetuju menyerahkan Perodua Axia itu melalui satu perjanjian bertulis dan ekoran kegagalan wanita tersebut menjelaskan pinjaman itu telah menyebabkan suspek merampas kenderaan berkenaan.

Rakaman video berdurasi 24 saat mengenai kejadian tersebut, kemudiannya tular di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 33 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad