web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Syarikat Mohon Batal Tuduhan Tawar Suapan Percepat Pengambilalihan Menara KL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 3:11PM

Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh memfailkan notis bantahan awal menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, pada 31 Mei lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh memohon untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dihadapinya.

Abdul Hamid Shaikh, 49, memfailkan notis bantahan awal menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company di Mahkamah Sesyen di sini, pada 31 Mei lalu.

Berdasarkan notis tersebut, pihak pembelaan mendapati pertuduhan terhadap Abdul Hamid Shaikh cacat selain tidak berasas kerana salah satu elemen penting bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak dinyatakan.

Selain itu, pertuduhan tersebut gagal mematuhi peruntukan Seksyen 152, 153  dan 154 Kanun Prosedur Jenayah kerana satu daripada butiran penting dalam pertuduhan iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahkan telah memfailkan notis itu menerusi e-mel selain telah menerima sebahagian dokumen kes daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat berkata pihaknya akan menyerahkan sebahagian lagi dokumen kes tersebut kepada pembelaan pada sebutan kes akan datang dan mengesahkan telah menerima notis bantahan awal.

Suzana menetapkan 19 Jun untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 18 Julai ini untuk keputusan bagi permohonan bantahan awal itu.

Terdahulu, di hadapan Hakim Rozina Ayob, Amer Hamzah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan supaya kes syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd digantung sementara pelupusan prosiding kes Abdul Hamid Shaikh.

Mahadi pula berkata pihaknya memohon untuk memindahkan kes syarikat Hydroshoppe ke Mahkamah Sesyen lain untuk dibicarakan bersama kes Abdul Hamid Shaikh.

Amer Hamzah membantah perkara itu dan meminta agar pihak pendakwaan membuat permohonan itu secara bertulis.

Rozina menetapkan 5 Julai ini untuk pendengaran permohonan penggantungan sementara kes syarikat Hydroshoppe dan pemindahan kes itu ke Mahkamah Sesyen lain.

Pada 5 April lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Sementara itu, syarikat Hydroshoppe didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Tan, seorang ahli perniagaan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad