web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perkukuh Jaringan Perniagaan Dengan Qatar, Alukan Penerokaan Perdagangan, Pelaburan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 7:20AM

Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ahmed Hussain Al-Khalaf (tengah) dan Salah Mohammed Al-Sorour (kiri) - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kerajaan Selangor sedang menyelaras cadangan syarikat pertanian organik berasaskan sistem hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development (Agrico) untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan produk komuditi itu yang dimilikinya di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dimaklumkan Pengerusi Agrico, Ahmed Hussain Al-Khalaf pada sesi kunjungan hormatnya ke negara ini.

Yang turut hadir pada sesi kunjungan itu, Duta Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour dan wakil MITI serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Semasa sesi kunjungan hormat terbabit, Agrico memaklumkan berkenaan cadangan untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia.

“Insha Allah, MITI dan kerajaan Selangor sedang menyelaraskannya. Produk ini seterusnya akan menjadi produk berkualiti tinggi yang berpotensi dieksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India dan negara di rantau Timur Tengah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar.

“Kerajaan Malaysia mengalu-alukan syarikat dari Qatar untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di negara ini,” katanya.

Anwar berkata, selari dengan Wawasan 2030 Qatar dan Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025, Malaysia menyambut baik usaha pihak swasta dalam menyokong agenda kerajaan ke arah menjamin keselamatan makanan.

Menurutnya, Malaysia juga menyambut baik usaha pihak terbabit memantapkan lagi rantaian bekalan makanan bagi kedua-dua negara.

Agrico adalah syarikat tunggal pertanian organik berasaskan sistem hidroponik di Qatar yang mengguna pakai teknologi terkini secara mampan.

Melalui kaedah itu, Agrico berjaya menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik sayur-sayuran dan buah-buahan berkualiti sepanjang tahun, sekali gus memenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus permintaan pasaran tempatan Qatar.

Pada 2023, Agrico melalui Agrico (M) Sdn Bhd, mensasarkan untuk melaksana projek dalam tiga sektor.

Sektor itu adalah Penapisan Minyak Sawit, Pertanian dan Keselamatan Makanan, dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion hingga RM2.0 bilion. – Getaran, 2 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad