web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kami Tak Pernah Lancar Tabung Kes Wanita Mualaf Orang Asli’ - MRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:12PM

Firdaus Wong, adalah Presiden MRM dan pertubuhan berkenaan menegaskan mereka tidak pernah melancarkan sebarang tabung membabitkan kes seorang wanita mualaf Orang Asli di Kuantan, Pahang, seperti dakwaan yang tular minggu lalu. - Gambar dari Facebook Firdaus Wong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) menegaskan pihaknya termasuk Presiden, Firdaus Wong tidak pernah melancarkan sebarang tabung membabitkan kes seorang wanita mualaf Orang Asli di Kuantan, Pahang, seperti dakwaan yang tular minggu lalu.

Kenyataan MRM memaklumkan, sebarang kes undang-undang yang dikendalikan pihaknya adalah secara percuma dan segala kos mahkamah serta guaman ditanggungnya.

“Peguam Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) juga tidak menerima sebarang sumbangan dari mana-mana dana dilancarkan itu.

“Mualaf wanita Orang Asli terbabit juga sudah meminta sebarang seruan sumbangan atas namanya dan anaknya dihentikan serta merta,” katanya.

Menurutnya, PPMM menerusi Chambers of Zainul Rijal hari ini, memohon kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan agar nama dan gambar mualaf wanita Orang Asli dan anaknya itu, tidak disiarkan bagi melindungi mereka.

Susulan permohonan itu, katanya, hakim membenarkannya bermula hari ini.

Pada masa sama, MRM berkata, ramai menghubungi untuk mewawancara pihaknya berkaitan kes itu.

“Kami bersama PPMM bersetuju bahawa sebarang kenyataan rasmi berkaitan kes hanya akan dikeluarkan Presiden PPMM.

“Kami dan PPMM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan dari mana-mana pihak berkenaan prosiding ini, malah memohon semua pihak menghormati arahan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad