web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 2:00PM

Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penamatan perkhidmatan Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuat kuasa hari ini merupakan keputusan Lembaga Pengarah FINAS.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penstrukturan semula beberapa dasar dan rombakan penyelarasan bagi hala tuju masa depan FINAS. 

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Amirul Fitri Hamizan
Fahmi Fadzil - Gambar oleh Amirul Fitri Hamizan

“Mereka (FINAS) dah memaklumkan kepada saya ia (keputusan) berdasarkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan termasuk satu rombakan penyelarasan, penjajaran semula (recalibration) tentang beberapa dasar dan dapatan yang kami terima.

“Ia juga pandangan daripada pihak Lembaga Pengarah tentang hala tuju masa depan FINAS,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE Malaysia Corporation Sdn Bhd dalam pelbagai inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah program perkongsian strategik. 

FINAS dalam kenyataan hari ini merakamkan penghargaan kepada Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan bermula 1 Nov 2021 sehingga 31 Mei dan memutuskan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS Rozita Waty Ridzuan menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa hari ini sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Sementara itu mengenai pelaksanaan rangkaian 5G, Fahmi berkata pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Mohamad Fauzi Md Isa akan terus berbincang dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengenai ekuiti.

“Mereka bermesyuarat secara tetap termasuk hari ini untuk berbincang dengan MNO, pertama mengenai pelancaran 5G dan kedua adalah mengenai persoalan ekuiti...pada masa itu, MNO akan dapat mengakses dan mereka merujuk kepada kerajaan mengenai kedudukan dalam entiti.

“Kami serah kepada industri untuk membuat keputusan sesama mereka tetapi kerajaan akhirnya menerusi Kabinet akan memutuskan mengenai proses yang bukan sahaja akan dipandu malah tertakluk kepada kelulusan kerajaan…. bila tiba masanya, kita akan membuat pengumuman mengenai kedudukan MNO dalam entiti,” katanya.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rangkaian dwi 5G sebaik pelancaran di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Menurut beliau peralihan kepada model rangkaian dwi akan dilaksanakan berdasarkan terma yang konsisten dengan amalan global untuk menawarkan pelbagai rangkaian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad