web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Milik Kedah: Kenyataan Sanusi Memalukan, ‘Patut Utamakan Permasalahan Rakyat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:22PM

Pada Isnin lalu, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak serta Perlis - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri berkenaan dibidas kerana ia dianggap kata-kata memalukan daripada seorang pemimpin kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor berkata, sebagai pemimpin politik nombor satu negeri dikenali jelapang padi berkenaan, Muhammad Sanusi tidak wajar mengeluarkan kenyataan itu, apatah lagi dalam zaman yang informasi boleh didapati semudah di hujung jari.

Katanya, fakta dengan nilai sejarah tidak pernah padam, malah kerajaan Kedah sudah pasti arif berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan negeri dalam memahami setiap kandungannya, termasuk antara negeri di Malaysia.

“Ini bukanlah ruang untuk mencari sensasi bagi menaikkan nama dengan mewujudkan kenyataan kurang bijak sedemikian,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online.

Justeru, Nor Sabrina berkata, sepatutnya Muhammad Sanusi memberikan tumpuan kepada perkara lebih penting, termasuk menyelesaikan permasalahan membelenggu rakyat.

Menurutnya, banyak lagi perkara lain boleh diangkat beliau selaku Menteri Besar bagi mencari sensasi, berbanding dengan kenyataan kurang bijak yang hanya menjadikan warga Kedah turut mendapat tempias.

Nor Sabrina berkata, hal berkaitan keperluan rakyat, khususnya permasalahan air masih lagi berlarutan dengan pelbagai alasan terus dihadapi kerajaan negeri berkenaan.

“Ini belum lagi soal pembangunan ekonomi setempat yang seakan tepu dan tidak bergerak.

“Malah, rakyat sendiri yang perlu bekerja kuat, berusaha membanting tulang bagi memastikan periuk nasi berasap, sedangkan kewajaran laluan lebih besar adalah inisiatif daripada kerajaan negeri yang masih tidak ada,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sikap Menteri Besar yang lebih gemar bermain sentimen dan mewujudkan pelbagai publisiti, sesungguhnya tidak mendatangkan faedah.

“Barangkali ia dibuat bagi mensensasikan namanya sendiri sedangkan selaku Menteri Besar, sepatutnya rakyat dan negeri adalah keutamaan,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak serta Perlis.

Ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak perlu berbuat demikian kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ dari Kedah. - Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar