web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Berangkat Bertemu Raja Jordan Raja Abdullah II

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 7:07AM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat bertemu dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman.

Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka di Beit Al Urdun pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh Raja Abdullah II. 

Mengiringi Seri Paduka ialah anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Duta Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abd Rahman.

“Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin telah berkenan menyentuh berkenaan usaha-usaha untuk mengukuh dan meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Jordan demi kepentingan bersama,” menurut Istana Negara. 

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Amman bagi lawatan khas selama empat hari bermula 30 Mei atas persilaan Raja Abdullah II.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua diiringi oleh paduka-paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Seri Paduka  berdua dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Istana Zahran hari ini disusuli keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.

Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan akan turut diserikan dengan kehadiran kerabat-kerabat diraja, para pemimpin dan kenamaan dari seluruh dunia.

Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad