web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:15PM

Muhammad Sanusi kelmarin (Isnin), menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu juga menunjukkan, Menteri Besar Kedah itu daif dari segi ilmu sejarah, malah tidak memahami Perlembagaan.

“Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja tidak membangkitkan perkara ini. 

“Saya fikir ini bukan sekadar menghasut, tetapi juga daif dari segi ilmu sejarah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Fikrah Siddiq Fadzil - Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi kelmarin (Isnin), yang menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Muhammad Sanusi seharusnya faham soal Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian antara kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata terdapat perkara yang sudah ditandatangani dan ia termaktub dalam perjanjian pemerintahan kedua-dua negeri ketika berada di era kolonialisme.

“Biarpun kita menolak (perjanjian) kolonialisme itu, namun perjanjian itu diterjemahkan dalam Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan sebuah (Persekutuan) Tanah Melayu,” katanya.

Ahmad Zahid berharap, Muhammad Sanusi turut memahami serta mengetahui mengenai Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dalam membuat kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan wajar diberi masa untuk membuktikan prestasinya mengurus tadbir negara, dan adalah tidak adil untuk menilai prestasi sebenar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam tempoh tujuh bulan sahaja.

“Adalah tidak adil kerajaan yang baharu berusia tujuh bulan ini, dilemparkan dengan soal prestasi.

“Semua harus tahu bahawa kesan dari limpahan pengumuman dan dana yang disediakan melalui pembentangan Belanjawan 2023 umpamanya, hanya akan terlihat apabila pelaksanaannya dilakukan sepenuhnya,” katanya.

Berhubung Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, Ahmad Zahid berharap sesi perkongsian ilmu itu diteruskan dan dikembangkan lagi, mengambil kira pemikiran tokoh itu yang disifatkannya cukup terkedepan, bersifat sejagat, inklusif dan meraikan realiti dalam konteks masyarakat berbilang budaya dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk penganjuran seminar, forum atau wacana pemikiran tokoh bahasa dan budaya itu, pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

4

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam